• English
  • Malaysia(MYR RM)

Orang Kaya Sebenar - Apa Di Fikiran Mereka?

Aug 10,2023 | Eiyma Jalil

Sebenarnya Apa Yang Berada di Fikiran Orang Kaya?

Best ke jadi kaya? Boleh beli kereta Lamborghini, ada Ferrari, semua tu kaya ke? TAK. 

Itu hanya material. Kebendaan. Yang tiada makna apa-apa pun jika memilikinya. 

KL sangat kagum dengan seorang usahawan jutawan yang KL kenal. Pakai selipar je dik, keluar makan jalan-jalan. Very down-to-earth. 

Sebab membeli kereta mewah, pakaian mewah, makan di tempat mewah, itu semua bukan kemahuan mereka. Kalau nak beli, bila-bila masa boleh beli. Tapi mereka takda rasa nak beli 😅

Mereka lebih dari mampu.

Jadi apa yang ada di fikiran mereka?

#1. Jiwa Ingin Membantu Orang Lain

Orang yang betul-betul kaya ni, jiwa mereka bukan lagi pada duit semata-mata. Jiwa mereka betul-betul bantu orang lain. Bantu orang ni bukan bermaksud bagi duit sedebuk nah, jadilah kau orang kaya. Bukan macam tu.

Bantu adalah dari segi buka peluang pekerjaan, bayar gaji yang setimpal dengan kerja, kalau di office tu mungkin sesekali belanja makan untuk gembirakan hati mereka.

Selain tu, bantu juga adalah dari segi hasilkan produk yang memberi manfaat kepada orang lain, yang betul-betul boleh bantu orang menyelesaikan masalah mereka. Contoh, produk untuk masalah jerawat.

Orang yang betul-betul kaya tak fikir nak sedut untung berpuluh kali ganda tanpa fikir kualiti produk, sebaliknya mereka akan utamakan kualiti produk dan keberkesanan produk agar dapat membantu pengguna. 

#2. Masa Bersama Keluarga

Orang yang kaya ni mereka lebih pentingkan keluarga sebab masa dia tengah struggle dulu, dia dah rasa "kehilangan" atau berjauhan dengan keluarga. Ini apa yang KL sedang lalui sekarang, KL pun sangat struggle untuk bahagikan masa untuk kerja dan masa untuk family.

Sampai bila anak KL cakap "mama ni asyik kerja je", KL akan rasa tersentak dan terus stop semua. Ok, i need time for my family. So sekarang, every cuti sekolah je KL akan usahakan untuk bawa keluarga, mak ayah KL bercuti.  Tak perlu ke oversea pun, tak kisah kat mana-mana, yang penting adalah quality time bersama yang akan jadi kenangan sampai bila-bila. 

KL selalu pesan pada staff juga untuk pastikan mereka dapat rehat yang cukup. Walau banyak kerja macam mana pun, pastikan ada masa rehat. Bila rasa stuck, ambil cuti pergilah berehat. 

#3. Hidup Bersederhana

Bagi mereka tiada apa yang nak ditunjuk pada orang luar. Mungkin duit mereka terlalu banyak sampaikan mereka rasa buat apa nak pakai glamour2? Kenapa nak beli handbag banyak2? You all tahu tak sebenarnya kita ni orang biasa yang lagi kuat shopping dari orang kaya sebenar tau. 

Orang kaya ni, diorang shopping maybe 3 bulan sekali. Tapi sekali shopping tu, 1 baju dia je dah value 10 baju kita wey...  Lepastu, baju dia yang tshirt biasa tu lagi mahal dari baju dress ita yang glamour tu wak. Kita je yang shopping tiap2 bulan macam KL, hehehheh. Entah apa-apa je yang dibeli. 

Kesimpulan

Itulah antara perkara yang usahawan tersebut kongsikan dengan KL yang buat KL rasa, wow.. Aku nak jadi macam tu satu hari nanti, insya-Allah. KL nak capai level tu di mana hidup jauh lebih tenang, pada masa yang sama kita boleh berbakti kepada agama, nusa dan bangsa. 

Comment

Name
Email
Comment