• English
  • Malaysia(MYR RM)

Heboh Dakwaan Chemical Sunscreen di Pasaran Adalah Toksik Kepada Badan

Nov 06,2023 | Eiyma Jalil

Heboh Dakwaan Chemical Sunscreen di Pasaran Adalah Toksik Kepada Badan

Assalamualaikum semua. Kali ini KL terpaksa memberi penjelasan panjang lebar mengenai isu bahan sunscreen organik yang dikatakan tidak selamat.

Kebanyakan video di TikTok pasal bahaya bahan sunscreen sekarang ni memetik satu review paper yang dah satukan pelbagai kajian mengenai sunscreen.

Bahaya nya review paper macam ni adalah, ia cuma ‘merujuk’ kepada kajian-kajian lain, jadi kalau kita cuma baca review paper ini sahaja, kita tak akan dapat faham apa SITUASI atau method yang dijalankan.

Sama ada dia jalankan atas tikus ke, sel haiwan ke atau sel manusia, kita tak dapat nak baca dari review paper.

Contoh, dikatakan ‘bahan Octinoxate ini toksik’ dengan rujuk paper sekian-sekian. Tapi bila kita betul-betul baca paper kajian yang dirujuk tu, sebenarnya ia diuji pada tikus dengan cara DIBERI MAKAN bahan tersebut, dan konklusinya adalah ‘kajian lebih lanjut diperlukan’, sebab tiada pembuktian yang kukuh.

Tapi kalau kita cuma baca sahaja review paper tadi tanpa cross check dgn sumber asal, kan kita dah buat fakta salah kat situ?

Jadi KL nak sampaikan kat sini, BERETIKA LAH BILA KITA KONGSI PENGETAHUAN DENGAN NETIZEN. Tak kisahlah you siapa. Influencer ke, chemist ke, doctor ke, founder ke.

Penerangan di TikTok Eiyma Jalil berkenaan dakwaan chemical sunscreen yang toksik pada badan

Satu lagi fakta yang kita perlu tahu, bahan sunscreen adalah antara bahan yang paling ketat dikawal selia, bukan senang-senang je boleh campur dalam formulasi.

Tahu tak, ia mengambil masa sehingga 21 tahun untuk satu-satu bahan tu dapat approval FDA? Beribu kajian perlu dilakukan dengan kos puluhan juta dollars untuk yakinkan para penilai keselamatan seluruh dunia bahawa ianya selamat?

Jadi takkan sebab pendapat seorang influencer sahaja kita terus nak abaikan kajian-kajian yang dilakukan selama ini?

Oklah, kat sini KL nak jelaskan pasal 3 bahan utama sunscreen yang dikatakan bahaya dalam video tu. Eh, tak jumpa pulak dah ye video viral tu kat TikTok.. hmm kenapa ye?

#1. Avobenzone atau nama INCI nya Butyl Methoxydibenzoylmethane

Antara UV Filter paling selamat, tiada risiko menyebabkan kerosakan genetic, mutasigen, atau menjejaskan pertumbuhan badan. Tapi, sebenarnya Avobenzone pun boleh diserap sehingga ke dalam darah tau! Haa tapi kenapa tak bahaya?

Sebabnya walaupun ia berada dalam darah, ia tidak mendatangkan apa-apa kemudaratan pun. Jadi, hanya kerana bahan tu boleh diserap oleh saluran darah, tak semestinya ia merbahaya.

Kene ingat perkara ni betul-betul. Dan selepas 7 hari, Avobenzone dinyahkumuh oleh badan secara semulajadi.

So lepas ni, bila dgr ‘eh bahan ni boleh serap dalam saluran darah’, jangan cepat melatah. Kemungkinan besar ia tak beri sebarang efek pada badan pun.

#2. Octocrylene, pelindung UVB

Mengenai kajian yang mengatakan Octocrylene boleh memasuki saluran darah, ada 2 benda yg kita kene tahu:

  1. Berapa jumlah bahan ini kita sapu, berapa yg diserap kulit, dan berapa yg memasuki saluran darah?
  2. Apa kesan apabila ianya ada dalam saluran darah?

Octocrylene dengan dos maksima 10% dalam sunscreen sebenarnya yang memasuki lapisan kulit kita cuma 0.15% sahaja.

Untuk bahan ini memberi sebarang kesan negative pada badan, anda perlu guna 33gram bahan Octocrylene ini dalam setiap hari di seluruh badan.

33gram tu banyak mana? Ia lebih banyak dari 1 jar penuh Haus Moisturizer.

Jadi, penggunaan harian sunscreen yang ada bahan Octocrylene ini dengan dos yang betul, tidak ada isu ianya menyebabkan toksik pada badan.

Tapi, kalau ada sedikit pun bahan ini diserap bagaimana? Pakar pengkaji keselamatan bahan kosmetik juga buat kajian ini.

Ini yang viral kat TikTok katanya ia boleh bertindak sebagai EDC = endocrine disrupting chemicals iaitu bahan kimia yang boleh menjejaskan fungsi kelenjar endokrin. Jom kita tengok.

Kajian ke atas tikus dengan MEMBERI MAKAN OCTOCRYLENE SELAMA 2 - 4 MINGGU sebanyak 1% memang ada kesan ke atas fungsi endokrin sebahagian tikus, tapi sapuan ke atas kulit tikus tidak memberi sebarang gangguan endokrin.

Kajian ke atas sel manusia juga tiada kesan gangguan. So, sebenarnya kajian haiwan tersebut tidak menunjukkan ianya berlaku pada sel manusia, apatah lagi kita cuma sapu sunscreen, bukannya makan!

#3. Octinoxate dan Ethylhexyl Methoxycinnamate(OMC), penyaring UVB

Dalam kertas kajian yang dipetik dalam video di TikTok tu ada menyebut ianya dijumpai di dalam susu ibu, namun kajian yang dirujuk itu bukanlah mengenai bahan OMC ni.

Ada kajian terhadap UV Filter 4-MBC dan Benzophenone-3 yang kini telah pun dikeluarkan dari senarai UV Filter yang selamat pada tahun lepas, maknanya bahan ini tidak lagi boleh digunakan dalam sunscreen yang diformulasi sekarang.

4-MBC dan Benzophenone-3 ada dikesan dalam susu ibu, namun tidak Octinoxate.

Kesimpulannya, bila kita nak baca research paper, elakkan baca review paper sebegini sebab kadangkala ia boleh memberi terjemahan informasi yang salah.

Baca sendiri kajian-kajian terdahulu, dan paling penting baca kajian keselamatan dari pakar SCCS iaitu Scientific Community on Consumer Safety yang kerja mereka adalah mengkaji keselamatan bahan kosmetik.

Mereka mengambil kira bagaimana sunscreen disapu di badan, berapa jumlah sapuan, berapa kerap ia disapu, serta risiko lain contohnya jika disapu pada kulit luka atau skin barrier terjejas.

Barulah kita dapat menilai potensi negative penggunaan bahan dalam sunscreen, bukan hanya guna data dari tikus makmal yang disuap sunscreen!

Formulasi dari Kilang GIM Cosmetic Industries untuk jenama HAUS Cosmetics Super Moisturizing Sunscreen

Apabila bahan UV Filter yang diiktiraf ini digabungkan lagi dengan kepakaran formulasi, ia akan menghasilkan sunscreen yang efektif, berkesan, selamat dan selesa pada kulit.

Teknologi WOW Encapsulation

Contoh, formulasi sunscreen GIM Cosmetic menggunakan teknologi WOW = water/oil/water encapsulation di mana bahan sunscreen tersebut disalut dalam cengkerang supaya ianya hanya duduk di lapisan kulit atas, dan tidak menembus masukke saluran darah.

Jadi risiko seperti kulit iritasi bila pakai chemical sunscreen, bahan sunscreen meresap ke saluran darah dan sebagainya dapat dihadkan seterusnya meningkatkan keselamatan produk.

Selain itu, teknologi ini turut menghasilkan sunscreen yang lebih efektif sebab pelindung UV dapat melitupi kulit dengan sekata tanpa lompongan, yang selalu menjadi MASALAH UTAMA PELINDUNG UV JENIS MINERAL.

Mineral sunscreen seperti Titanium Dioxide dan Zinc Oxide tidak larut dalam produk, ianya cuma terapung atau ‘suspended’ dalam cream sunscreen tersebut.

Jadi, kalau ampaian ini tidak sekata dan berkelompok di satu kawasan, sapuan sunscreen tersebut tidak dapat menebat radiasi UV.

Sebab tu kadangkala walaupun dah guna sunscreen, tetapi kulit masih sunburn jika UV Filter dalam formulasi tersebut tidak sekata.

Kesimpulan

Akhir sekali, KL nak tegaskan tak perlu ragu-ragu dengan penggunaan chemical UV Filter selagi mana ia mematuhi regulasi NPRA. Kalau ada pakar yang rasa KKM patut hadkan penggunaan organik UV filter ni, silakan bagi semua data research kepada pihak KKM untuk dinilai.

Jangan setakat menakut-nakutkan pengguna lepastu delete video ye dan tak mahu bertanggungjawab. KL memang sentiasa merujuk kepada kepakaran pegawai NPRA jika ada apa-apa yang tidak pasti.

Sekian, jumpa lagi di artikel seterusnya. 

Assalamualaikum, w.b.t.

L.O.V.E.

EJ 💜


RUJUKAN

  • Avobenzone not detected in blood plasma after 7 days:

RANDOMIZED CLINICAL TRIAL published in 2019 title: Effect of Sunscreen Application Under Maximal Use Conditions on Plasma Concentration of Sunscreen Active Ingredients, Matta et. al.

  • Octocrylene dermal absorption is 0.15% as worst-case scenario:

ECHA (June, 2020). Octocrylene Registration Dossier. Retrieved from https://echa.europa.eu/fr/registration-dossier/-/registered-dossier/14858/7/2/1

  • Octocrylene amounted to 33 gram daily equivalent to dermal Systemic Exposure Dose (assuming the said person weight is 60kg):

EUROPEAN COMMISSION SCIENTIFIC COMMITTEE ON CONSUMER SAFETY, published in 2021: Opinion on Octocrylene, SCCS/1627/21, Final Opinion.

  • Octocrylene 10,000ppm (1%) feeding with 14/28 days repeated dose toxicity on mice study show endocrine activity:

BASF SE (2019) Octocrylene - Mechanistic study in Wistar rats on thyroid toxicity via enzyme induction in the liver Administration via the diet for 4 weeks (study report), Testing laboratory: BASF SE, Report no: 99C0495/00S048. Owner company; BASF SE; DSM Nutritional Products AG; Merck KGaA; Symrise AG

  • Octocrylene dermal repeated dose toxicity studies show no signs of toxicity and abnormalities:

Odio et al. (1994). Evaluation of subchronic (13 week), reproductive, and in vitro genetic toxicity potential of 2-ethylhexyl-2-cyano-3,3-diphenyl acrylate (Octocrylene). Fundam Appl Toxicol., 22(3): 355-68. 

  • Octinoxate not presence in significant amount in breast milk:

Malins-Delgado et al. (2018) Determination of UV filters in human breast milk using turbulent flow chromatography and babies’ daily intake estimation. Environmental Research, 161: 532-539.


HUJAH KL BERASASKAN DARI SUMBER KAJIAN OLEH SCIENTIFIC COMMITTEE ON CONSUMER SAFETY (SCCS) YANG TUGAS MEREKA MEMANTAU BAHAN YANG MEMBAHAYAKAN PENGGUNA. MEREKA MENITIK BERAT KAJIAN-KAJIAN YANG SAH DAN MENGKAJI SEJAUH MANA MAKLUMAT DAN DATA KAJIAN TERSEBUT BOLEH DIGUNAPAKAI. 

SEHINGGA KE HARI INI, SCCS MASIH SANGAT BERKERAS MENGATAKAN DENGAN LIMITASI DOS BAHAN PENYARING UV DALAM REGULASI SEMASA, JAUH LEBIH SELAMAT BERBANDING JIKA PENGGUNA TIDAK MENGGUNAKAN SUNSCREEN LANGSUNG, ATAU MEMAKAI SUNSCREEN DENGAN BAHAN YANG TIDAK DIIKTIRAF DI DALAM SENARAI PENYARING UV SELAMAT. 

Comment

Name
Email
Comment