• English
  • Malaysia(MYR RM)

Teknologi Skincare Korea Untuk Capai Kulit Glowing

Aug 16,2023 | Eiyma Jalil

Teknologi Skincare Korea Untuk Capai Kulit Glowing

Apa sebenarnya yang buatkan skincare Korea ni sangat unik dan menjadi kegilaan pengguna sekarang? Jom explore dengan KL dalam artikel minggu ni.

Apa yang best sangat skincare Korea ni sampai ramai yang nak cuba untuk dapatkan kulit glowing dan glass skin? Dalam artikel kali ni, KL nak bawa u all study betapa hebatnya teknologi-teknologi skincare dari Korea.

Di akhir nanti, KL akan bocorkan rahsia teknologi yang mana KL bawa masuk ke kilang kosmetik halal GIM Cosmetics. Hehehe.

Sebelum tu, jangan lupa cek artikel KL sebelum ni berkenaan kepentingan rutin chemical exfoliation untuk kulit berjerawat. Bole baca di sini yer. 

Kegilaan Skincare Warga Korea

Ok, semua orang tau kan betapa rakyat Korea sangat gilakan penjagaan kulit. Bagi mereka, skincare bukan sahaja rutin, tapi dah jadi sebahagian dari hidup. Baik lelaki ke perempuan, sama je. 

Mereka ni sanggup invest masa dan tenaga, sangat effort untuk menjaga kecantikan kulit masing-masing. Hasilnya, terlahirlah pelbagai inovasi teknologi yang semakin maju dan canggih untuk memenuhi permintaan warga Korea. 

Sebab tu teknologi skincare dari Korea berkembang dengan pesat dan laju sekali berbanding dengan negara kita. Sampaikan teknologi dan skincare mereka mendapat permintaan di negara luar. 

Kehebatan Bahan-Bahan Semulajadi

Sekarang letak ke tepi teknologi sekejap. Kita cerita tentang organik. Salah satu rahsia teknologi skincare Korea adalah mereka suka menggunakan bahan-bahan berunsurkan alam semulajadi.

Warga Korea sangat menghargai ciri-ciri kebaikan yang ada dalam bahan semulajadi yang bermanfaat kepada penjagaan kulit mereka.

Bahan seperti Teh Hijau (Green Tea), Ginseng, dan Snail Mucin boleh dilihat dalam kebanyakan produk skincare Korea. Ia membantu menyuburkan, menghidrat, meremajakan, dan membaiki kulit menjadi lebih muda dan berseri. 

Formulasi yang Inovatif

Jenama skincare Korea sangat terkenal dengan formulasi mereka yang sangat inovatif yang menggabungkan bahan-bahan tradisional ke dalam teknologi moden masa kini.

Dari ampoule ke serum ke sheet mask dan essence, produk-produk ini dihasilkan mengikut jenis masalah kulit yang spesifik dan menghasilkan kesan yang baik. 

Teknologi yang canggih dapat memastikan bahan-bahan aktif betul-betul masuk meresap ke dalam kulit untuk mencapai tahap keberkesanan yang optimum.

Amalan 10-Langkah Rutin Penjagaan Kulit

Formulasi dan teknologi canggih macam mana pun takkan berkesan kalau you sendiri tak amalkan rutin skincare. Pernah dengar 10-langkah rutin skincare Korea yang famous tu?

10 langkah tu termasuklah dari pencuci muka, exfoliation, toner, essence, serum, sheet mask, eye cream, moisturiser, sunscreen dan juga night cream atau sleeping mask. 

Pendekatan rutin skincare begini boleh diamalkan oleh pelbagai jenis masalah kulit sebagai rujukan untuk sesi manja dan belai kulit setiap hari. Tapi ingat, 10 langkah ni bukanlah wajib, cukuplah dengan apa yang sesuai dengan keperluan kulit sebab tak semua kulit boleh terima rutin yang berat. 

Jenis-Jenis Teknologi Canggih Skincare Korea

Ok now, jom kita tengok teknologi apa yang canggih sangat di Korea tu sampaikan satu dunia nak demand skincare Korea. Hmmmm, follower KL please hati-hati dengan pilihan ingredients yer. Nak tau kenapa, baca kat sini

#1. Microencapsulation

Microencapsulation adalah teknik yang melibatkan proses enkapsulasi bahan-bahan aktif ke dalam kapsul seolah cengkerang. Teknologi ini terbukti sangat-sangat membantu untuk:

  • Menghalang bahan aktif dari rosak
  • Mengekalkan kestabilan bahan aktif
  • memastikan bahan aktif bertindak terus di dalam kulit

Bahan-bahan aktif yang telah di"encapsulate" boleh meresap lebih jauh ke dalam kulit, mempunyai jangka masa bertindak yang lebih panjang kerana ia akan bertindak secara perlahan-lahan sehingga 8 jam untuk memastikan kulit mendapat manfaat yang sepenuhnya.

#2. Penapaian (Fermentation)

Penapaian adalah teknik penjagaan kulit tradisional Korea yang disuntik dengan teknologi advance masa kini. Produk skincare jenis penapaian ini menggunakan bahan semulajadi seperti bakteria baik dan juga yis. 

Bahan jenis ini terbukti menyerlahkan keberkesanan formulasi sesuatu produk dan menjadi lebih mudah meresap ke dalam kulit. 

Proses penapaian juga melibatkan penghasilan by-product yang bermanfaat seperti peptides dan asid amino yang menyuburkan serta meningkatkan kualiti kulit yang lebih sihat. 

#3. Nanoemulsion 

Teknologi nanoemulsion menghasilkan tekstur droplets yang jenis "ultra-fine oil-in-water" atau "water-in-oil". Teknologi ini mempunyai kadar penyerapan bahan aktif ke dalam kulit yang lebih tinggi.

Nanoemulsions mempunyai saiz partikel yang lebih halus, menyebabkan mereka lebih stabil dan bioavailability iaitu lebih mudah bertindak balas dengan tubuh badan manusia. 

Kaedah ini membuatkan produk skincare dengan bahan aktif tersebut boleh bertindak dengan berkesan ke atas jenis masalah kulit secara spesifik. Hasilnya, perubahan positif seperti kulit lebih lembap, tekstur lebih halus dan tampak lebih sihat dapat dilihat dalam jangka masa yang singkat. 

#4. Transdermal Delivery Systems

Transdermal delivery systems menggunakan teknik yang lebih advance iaitu teknik ini bertujuan meningkatkan kadar kemasukan bahan aktif yang lebih jauh ke dalam kulit dan menembusi skin barrier yang lebih dalam. 

Teknologi seperti liposomes, nanoparticles, dan microneedles digunakan untuk encapsulate atau memudahkan pergerakan bahan-bahan aktif ke lapisan kulit yang lebih dalam.

Sistem ini memastikan bahan aktif dapat sampai ke targeted area untuk memaksimakan keberkesanan dan kadar tindak balas untuk menghasilkan result yang memuaskan. 

#5. Plant Stem Cell Technology 

Teknologi plant stem cell dibawakan oleh sahabat baik KL iaitu Dr. Fred Zulli, dan Korea juga menggunakan teknologi ini di dalam skincare mereka. Stem cells mempunyai komponen bahan aktif bermanfaat yang sangat tinggi seperti antioksidan dan pembaharuan sel. Dengan manfaat ini, kulit akan menjadi lebih subur, awet muda dan kekal sihat.

Warga Korea menggunakan ekstrak plant stem cells dalam skincare mereka untuk fokus kepada masalah tekstur kulit berlubang akibat bekas jerawat kronik, tona kulit tak sekata, dan juga tanda-tanda penuaan. 

#6. Iontophoresis

Iontophoresis adalah teknologi yang menggunakan sedikit arus elektrik untuk membantu penyerapan partikel bahan aktif yang dicas untuk tembus masuk ke dalam kulit. Teknik ini terbukti sangat membantu bahan aktif untuk menembusi lapisan skin barrier. 

Alat iontophoresis selalu digunakan bersama dengan serum atau ampoule untuk meningkatkan kadar penyerapan dan keberkesanan yang paling optimum ke dalam kulit.

#7. LED Light therapy 

LED (Light-Emitting Diode) light therapy semakin popular dia Korea disebabkan ia mampu menyelesaikan pelbagai jenis masalah kulit. 

Wavelenght yang berbeza bagi setiap jenis cahaya seperti merah, biru, kuning, membantu membaiki masalah seperti jerawat, keradangan, dan penuaan. 

Cahaya LED yang dikeluarkan oleh alat ini merangsang aktiviti sel kulit semulajadi. Hasilnya, tenaga cahaya yang dikeluarkan mampu meningkatkan penghasilan sel kolagen, mengurangkan kemerahan kulit, dan membaiki tona kulit dan tekstur kulit secara keseluruhan. 

Selain tu, alatan lain yang digunakan juga adalah pengurut muka jenis high tech dan juga microneedle yang boleh dilakukan sendiri di rumah. Korea jenis berani, kalau KL nak cucuk vaksin pun takut-takut. Apalagi nak cucuk muka sendiri, pengsan!

Tapi memang banyak kelebihan guna beauty tools macam ni tau, antaranya:

  • Meningkatkan kadar serapan skincare ke dalam kulit
  • Merangsang penghasilan sel kolagen yang baharu
  • Melancarkan pengaliran darah di kawasan sekitar wajah

Inovasi Berterusan 

Industri penjagaan kulit Korea terus berkembang dengan pesat disebabkan permintaan yang tinggi dari para pengguna. Jadi mereka punya saintis dan team R&D pun kena laju untuk buat research dan bangunkan teknologi-teknologi baru atau improve teknologi yang sedia ada untuk jadi lebih baik.

Baik dari segi bahan aktif baru, tekstur produk, beauty devices, KL memang pujilah teknologi Korea sebab mereka memang laju berkembang jadi lebih baik dan lebih baik. 

Kesimpulan 

Teknologi skincare Korea berjaya mencuri perhatian pencinta kecantikan dari seluruh dunia dengan keberkesanan teknologi mereka ke atas kulit pengguna. 

Untuk rakyat Malaysia pula, ramai yang menggunakan skincare Korea yang boleh bantu menyelesaikan masalah kulit mereka. 

Isunya yang KL nampak adalah, faktor jenis kulit, cuaca dan persekitaran. Korea menghasilkan teknologi dan formulasi yang cukup powerful dah untuk pengguna di negara mereka. Dengan kulit jenis cerah, kurang melanin, kurang pigmentasi, kurang cahaya matahari disebabkan negara 4 musim, dan cuaca mereka lebih sejuk berbanding Malaysia.

Kilang kosmetik KL, GIM Cosmetic Industries hanya hasilkan formulasi skincare yang bertepatan dengan jenis kulit rakyat Malaysia dan cuaca di negara kita. KL gunakan teknologi dari Switzerland dan juga Korea di dalam formulasi skincare HAUS. 

Kalau u nak kulit sihat glowing tanpa perlu spend beribu-ribu untuk 1 set skincare, why not u try HAUS Cosmetics skincare products harini.

Oklah, sekian itu saja dari KL dalam artikel harini. Jumpa KL dalam next artikel. KL nak share 1 baha aktif baru yang KL bawa dari Korea untuk kilang GIM Cosmetic. Hehehe, nak tau apa, tungguuu.

Assalamuaikum.

Love,

KL.

Comment

Name
Email
Comment