Hati-Hati! Skincare Korea Anda Mungkin Mengandungi Bahan Tidak Halal?
Jul 18,2023 | Eiyma Jalil
HATI-HATI! SKINCARE KOREA ANDA MUNGKIN MENGANDUNGI BAHAN TIDAK HALAL?
Assalamualaikum semua. Perasan tak sekarang ni produk kecantikan Korea semakin banyak dijual di kiosk kecantikan di pasaraya?
Iyer, memang ramai wanita Malaysia sukakan produk Korea. Bukan orang Malaysia je, trend terkini menunjukkan produk kecantikan Korea antara paling banyak dicari oleh masyarakat dunia pada tahun 2023 ini.
Antara sebabnya adalah texture produk Korea yang ringan, lembut, tidak berminyak, serasi dengan kulit Asia selain pembungkusan yang comel dan menarik.
Formulasi produk Korea juga menggunakan pelbagai bahan tumbuhan Asia yang bermanfaat dan telah diketahui kehebatannya seperti Pegaga (Cica), Kacang Hijau (Mung Bean) dan Beras.
Masyarakat Melayu sejak dahulu menggunakan air beras untuk bilasan pada wajah, serta butir beras itu sendiri direndam dan dikisar halus lalu dikeringkan sebagai bedak sejuk.
Siapa sahaja yang tidak ingat nenek kita dahulu yang tepek bedak sejuk malam-malam pada muka? Ia membantu mengecutkan jerawat, mencerahkan wajah, menghaluskan kulit serta mengecilkan pori-pori di wajah. Hebat kan?
Masyarakat Korea juga banyak menggunakan air beras sebegini untuk kecantikan, dan dikomersilkan dengan nama INCI Rice Ferment Filtrate.
TAPI, sebagai orang Islam, kita sebenarnya tak boleh guna tau! Mari baca penjelasan KL.
Rice Ferment Filtrate adalah larutan atau air yang dihasilkan oleh proses penapaian beras (fermentation). Proses ini mengadunkan yis dengan rendaman beras, dan dibiarkan beberapa hari untuk melengkapkan proses penapaian tersebut, lalu menghasilkan Rice Ferment Filtrate yang kaya dengan kandungan mineral dan juga alkohol.
MUFTI Sahkan Sake Adalah Haram!
Rice Ferment Filtrate ini juga dikenali sebagai Sake, dan di dalam regulasi pendaftaran nama bahan kosmetik INCI, ianya boleh ditulis sebagai Rice Ferment Filtrate (Sake), atau pun tanpa perkataan Sake tersebut. Mengelirukan, betul?
Hal Sake dalam kosmetik ini bukanlah perkara yang baru, malah Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sudah pun menetapkan bahawa penggunaan Sake dalam kosmetik adalah HARAM kerana ianya sejenis arak yang bersifat najis, dan najis itu haram walaupun Sake tersebut tidak diminum.
Boleh klik di sini untuk huraian penuh: https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4554-al-kafi-1737-hukum-menggunakan-sake-sejenis-arak-dalam-produk-kosmetik
Hati-Hati dengan Gelombang K-Beauty
Tetapi dengan gelombang K-Beauty yang membawa banjiran produk Korea ke pasaran Malaysia, ramai yang terlepas pandang bahawa produk kegemaran mereka ini ada kandungan najis arak!
Lagipun, banyak juga produk dengan packaging tulisan Korea yang kita pun tak reti nak baca kan?
Kenapa KL nak ingatkan hal ini? Sebab bahan penapaian adalah antara bahan aktif wajib diletak pada kebanyakan produk kosmetik Jepun dan Korea. Antaranya, Galactomyces Ferment Filtrate atau Pitera iaitu bahan utama dalam SKII, Kombucha atau Black Tea Ferment dalam rangkaian produk Fresh, dan Rice Ferment Filtrate (Sake) dalam produk Hada Labo.
Jadi, memang kita sebagai wanita Muslimah perlu semak bahan yang terdapat dalam produk K-Beauty yang kita ingin gunakan.
Namun ada sesetengah produk melabelkan bahan Rice Ferment Filtrate tanpa nama perkataan (Sake). Jadi, adakah ianya bukan arak dan halal digunakan? Jom dengar penjelasan KL.
3 Sebab Untuk Elak Guna Rice Ferment Filtrate
Kalau cuma dari nama Rice Ferment Filtrate, mungkin kita tidak sedar ianya adalah Sake disebabkan perkataan Sake itu tidak wajib diletak, ianya kemungkinan adalah najis arak Sake itu tadi tanpa pengetahuan kita.
#1. Pertama, dokumen dari pangkalan data bahan kosmetik Eropah menunjukkan bahan yang dilabel Rice Ferment Filtrate adalah dari jenis Sake walaupun tiada perkataan Sake ditulis. Klik sini.
#2. Kedua, sumber bahan penghasilan Rice Ferment Filtrate ini tadi iaitu beras kemungkinan diambil dari pengeluar arak juga. Ini adalah kebiasaan yang berlaku di Jepun dan Korea, memetik kenyataan dari pembekal bahan aktif kosmetik sendiri yang mengatakan;
“Rice bran is frequently used as a skin care product ingredient. In fact, it’s become so common in Korea and Japan that many breweries now have a second product line selling rice bran to cosmetic manufacturers.”
#3. Ketiga, bukan menjadi tanggungjawab pengeluar produk K-Beauty untuk memastikan bahan yang diguna adalah Halal. Malahan bahan penapaian arak sebegini secara tradisinya telah lama diguna untuk kecantikan mereka.
Selain Sake, arak seperti Rice Wine dan Makgeolli juga diguna dalam kosmetik secara meluas. Jika kita bertanya kepada pengeluar jenama itu sendiri, kemungkinan besar mereka juga tidak memahami keseluruhan konsep Halal pada bahan kosmetik tersebut.
Kesimpulan
KL sebagai pengeluar kosmetik Halal amat risau sebenarnya. Ramai di antara kita di Malaysia dan ada juga dikalangan followers KL yang tidak sedar selama ini dah menggunakan najis arak pada kulit.
Mungkin untuk skincare seperti toner yang berbentuk liquid, kita akan lebih berhati-hati ada atau tidak air beras Rice Ferment Filtrate di dalamnya. Tapi sebenarnya, di dalam makeup dan sunscreen juga ianya ada diletak tau! Kat situ KL nampak ramai yang tak perasan 🥲
Jadi, KL nak semua followers KL cakna isu ni, dan sama-sama semak kembali bahan dalam produk yang kita guna. Kalau ditulis dalam tulisan Korea, ambil inisiatif untuk buat carian di internet.
Jangan ambil mudah hal haram halal sebegini.
Paling mudah, hanya gunakan produk dengan status Halal seperti produk HAUS. Oh ya, kesemua 30 produk HAUS dah diiktiraf Halal JAKIM tau! Selain HAUS, ada banyak lagi jenama lain yang dikeluarkan oleh kilang kosmetik halal KL, iaitu GIM Cosmetics Industries Sdn. Bhd.
Semakan boleh dibuat di laman web NPRA www.npra.gov.my dan juga www.halal.gov.my
Inilah sedikit perjuangan KL sebagai pengusaha produk kosmetik di Malaysia. Terima kasih kepada follower yang selalu support KL sehingga ke hari ini.
Jangan lupa follow KL di TikTok, Instagram, dan Facebook Eiyma Jalil untuk latest update.
L.O.V.E,
KL.