now is modern browser
  • English
  • Malaysia(MYR RM)

10 Bahan Aktif Popular Dalam Skincare Korea & Panduan Penjagaan Kulit yang Berkesan

Nov 07,2023 | Eiyma Jalil

10 Bahan Aktif Popular Dalam Skincare Korea & Panduan Penjagaan Kulit yang Berkesan

Siapa nak tahu rahsia kecantikan yang berkesan? Cuba guna bahan aktif yang popular dalam skincare Korea! Tapi, penting untuk kaji dulu fungsi-fungsi bahan aktif ni semua.

KL nak ajak u all kaji sama-sama dengan KL, bahan aktif apa yang skincare Korea gunakan untuk dapat effect kulit glowing glass skin. Dan.... Bahan yang mana u all boleh dapatkan dengan mudah di pasaran Malaysia. Jom!

1. Hyaluronic Acid (HA)

Yang pertama adalah Hyaluronic Acid (HA). Memang dah famous dengan ciri-ciri untuk menghidrat kulit. Tak dinafikan HA bagi kesan yang wow pada kulit. HA bantu untuk menarik kelembapan, dan mengekalkan kelembapan. Hasilnya, kulit jadi lebih anjal dan segar. 

Pada masa yang sama, bahan aktif ini dapat mengurangkan garis-garis halus dan kedutan akibat tanda-tanda penuaan sebelum usia. 

Dengan menggunakan HA dalam rutin penjagaan kulit, anda dapat mencapai kulit idaman yang terhidrat dengan baik, dan kulit yang glowing. 

2. Snail Mucin: Nature's Miracle Elixir

Snail mucin antara bahan aktif yang sangat popular dalam skincare Korea. Snail mucin ada kandungan nutrien, peptide, dan hyaluronic acid semulajadi. Kesan yang dapat dilihat selepas penggunaan: 

  • Kulit terhidrat dengan baik
  • Baikpulih kulit yang rosak
  • Menjana penghasilan sel kulit 

Snail mucin bersifat soothing, ia dapat menenangkan kulit yang sensitif dan jenis acne-prone. Ia membantu menenangkan kulit yang kemerahan akibat keradangan, agar kulit menjadi lebih halus dan mulus.

3. Green Tea: The Antioxidant Dynamo

Iyer, Green Tea ni memang tinggi antioksidan. Bahan aktif ini telah digunakan dalam skincare Korea sejak zaman dulu kala. 

Khasiat Green Tea bukan sahaja buat kulit jadi selesa, ia juga diminati pengguna kerana kandungan antioksidannya yang tinggi dan ia juga mengurangkan keradangan kulit. 

Dengan itu, pertahanan kulit menjadi lebih kuat untuk menentang ancaman radikal bebas dari persekitaran. Selamat tinggal kepada iritasi dan kemerahan, no more! Welcome to kulit yang lebih sihat, segar, dan berseri. 

4. Ginseng: The Energizing Miracle

Ginseng memang tak asing dalam penggunaan skincare Korea. Mahal tau diorang punya Ginseng ni. Siapa pernah tengok brand skincare Sulwhasoo? Ginseng ni antara signature ingredient mereka kan. 

Akar Ginseng berkhasiat memberi kesan kulit yang lebih sihat, tegang, anjal dan awet muda. Masyarakat Korea telah menggunakan akar Ginseng dalam penjagaan kulit mereka sejak bertahun lamanya. 

Ini antara khasiat Ginseng dalam skincare: 

  • Menjana penghasilan sel kolagen
  • Meningkatkan keanjalan kulit dan mencerahkan tona
  • Membantu mengurangkan garis halus dan kedutan
  • Menenangkan kulit yang sensitif dan kegatalan eczema

5. Centella Asiatica: The Healing Herb

Centella Asiatica yang juga dikenali sebagai CICA atau "Tiger Grass" kian popular di Korea dengan khasiat "healing"nya. Kalau di kampung KL, panggil Pegaga je, elok subur di tepi rumah. Bila nak makan, petik je buat ulam. Sedap dik. 

Kajian klinikal Cica membuktikan pengguna dapat mengurangkan kedutan sehingga 35% dalam masa 8 minggu.

Dr. Jane Lee, seorang pakar dermatologi memuji khasiat antioksidan dan kebolehan merangsang kolagen oleh Cica. KL kongsikan antara khasiat Cica: 

  • Kaya dengan Asid Amino, Vitamin dan antioksidan; sesuai untuk menenangkan dan baikpulih sel kulit yang rosak
  • Menyembuhkan luka dengan baik, merangsang penghasilan sel kulit yang baharu

Cica bermanfaat untuk kulit yang sensitif dan jenis acne-prone. Ia membantu mengurangkan keradangan, mengurangkan kemerahan, dan merangsang penghasilan sel baharu.

Dermatologis Dr. Kim Nguyen menekankan keberkesanan Ekstrak Cica dalam merawat parut jerawat. Dengan menggunakan bahan aktif Cica dalam rutin penjagaan kulit, anda akan mencapai kulit yang bersih dan halus, tanpa cela!

6. Niacinamide: The Brightening Wonder

Niacinamide adalah sejenis vitamin B3. Niacinamide adalah bahan aktif yang bantu merawat pelbagai masalah kulit, antaranya: 

  • Meregulasi penghasilan sebum, menghaluskan liang pori, menyekatakan tona kulit
  • Mengukuhkan pertahanan kulit (skin barrier) dengan mengekalkan kelembapan serta mengurangkan garis halus dan kedutan
  • Sekaligus, tekstur kulit menjadi lebih anjal dan tegang

Peringatan penting, penggunaan bahan aktif Niacinamide boleh digabungkan dengan antioksidan seperti retinoids (Vitamin A) untuk kesan yang lebih wow.

7. Propolis: Nature's Protective Shield

Bahan aktif seterusnya adalah Propolis, bahan semulajadi dari lebah. Propolis antara bahan aktif yang berkesan di dalam produk penjagaan kulit Korea. Propolis terkenal dengan kebaikan antibakterial dan anti-radang. 

Berikut antara kebaikan menggunakan bahan aktif Propolis: 

  • Melindungi kulit dari pencemaran sekita
  • Melegakan keradangan & kemerahan
  • Mempercepat penyembuhan jerawat
  • Melawan radikal bebas dan melindungi tanda-tanda penuaan sebelum usia
  • Melembap dan menghidrat kulit tanpa rasa melekit atau "tebal" di wajah

Oh ya, ada lagi. Kalau kulit u jenis acne-prone, Propolis boleh bantu kawal breakout dan kurangkan kesan parut gelap. Hasilnya, kulit kekal bersih dan bebas cela walaupun jerawat datang menyinggah.

8. Rice Extract: The Brightening Secret

Ekstrak Beras dah lama digunakan oleh masyarakat Korea dalam rutin penjagaan kulit mereka. Korea menggunakan Ekstrak Beras untuk kulit yang lebih cerah dan berseri.

Macam mak-mak kita zaman dulu kan pakai bedak sejuk dari beras. Samalah juga kaedahnya. Cuma sekarang baru kita celik mata nak kaji kenapa mak-mak suka pakai bedak sejuk. Rupanya memang banyak khasiat Ekstrak Beras untuk cantikkan kulit. 

Ekstrak Beras kaya dengan vitamin, minerals, dan Amino Asid. Ia membantu baikpulih tekstur kulit, menyekatakan tona kulit untuk kelihatan cerah berseri. 

Ekstrak Beras melembap dan menghidrat kulit agar kelihatan tegang dan anjal. Kalau tak percaya, u all boleh cuba masukkan Ekstrak Beras dalam rutin. 

9. Tea Tree Oil: Nature's Clarifier

Tea Tree Oil adalah dari tumbuhan semulajadi. Terkenal dengan khasiat antioksidan yang berkesan. Antara kelebihan menggunakan Tea Tree Oil dalam penjagaan kulit adalah:

  • Membersihkan kulit dari radikal bebas dan pori tersumbat
  • Khasiat antibakteria dan anti-radang yang bagus untuk merawat jerawat

Manfaat antibakteria dan anti-radang ini sangat berkesan membantu merawat jerawat dengan kaedah mengawal penghasilan sebum untuk mengelakkan minyak berlebihan. 

Kelebihan lain Tea Tree Oil adalah ia membantu mengurangkan kemerahan dan iritasi. 

10. Pearl Extract: The Luminescence Enhancer

Ekstrak Mutiara yang didapati dari sumber air tawar, terkenal digunakan dalam penjagaan kulit yang berkesan untuk mencerah dan kulit lebih berseri. 

Ekstrak Mutiara mempunyai pelbagai kelebihan untuk kulit. Ia mengandungi amino acids, mineral, dan antioksidan yang membantu untuk:

  • Memudarkan parut gelap akibat jerawat, bintik hitam, hiperpigmentasi, hasilnya kulit lebih cerah berseri tanpa cela
  • Merangsang penghasilan sel kulit dan baik pulih tona kulit sekata

Tunggu apa lagi? Bolehlah cari produk yang ada bahan Ekstrak Mutiara untuk dapatkan kulit yang cerah berseri bak puteri Korea. 

Penutup

Kajian mendalam dan terperinci ke atas bahan-bahan yang KL kongsikan di atas membuatkan produk-produk penjagaan kulit dari Korea yang menggunakan bahan ini semakin digilai dari seluruh dunia. 

Dengan kombinasi bahan-bahan aktif yang berkesan dan rutin penjagaan kulit yang konsisten, anda pasti dapat mencapai skin goals yang diingini. Well siapa taknak glass skin macam gadis Korea kan?

HAUS Cosmetics Skincare

Kalau u dah ready nak capai glass skin, KL nasihatkan u pergilah tengok rangkaian penjagaan kulit jenama lokal Malaysia, HAUS Cosmetics di www.hauscosmetics.com

Formulasi produk dan pemilihan bahan mentah termasuk bahan-bahan aktif semuanya dibuat bersama Dr. Fred Zulli dari Mibelle Biochemistry. Beliau adalah pakar kajian bahan mentah yang berkualiti, berkesan dan selamat. 

Dari 10 bahan aktif di atas, hanya Snail Mucin yang KL tak provide di kilang GIM Cosmetic atas kerana isu status halal kerana didapati dari haiwan.

Tapi jangan risau, kilang KL dah sediakan lagi 5 alternatif lain yang effectiveness nya lebih power beb dari Snail Mucin ni. Haa, nak tau apa? Pastikan u all subscribe blog KL ni, dan follow KL di socmed TikTok, Facebook dan Instagram untuk latest update. 

Sekian dulu untuk kali ni, salam sayang untuk semua.

Assalamualaikum w.b.t.

L.O.V.E. KL 💜

Comment

Name
Email
Comment