now is modern browser
  • English
  • Malaysia(MYR RM)

9 Rutin Skincare Cara Korea Capai Glass Skin - Step by Step

Nov 08,2023 | Eiyma Jalil

9 Rutin Skincare Cara Korea Capai Glass Skin - Step by Step

Siapa yang taknak kulit berkilau glass skin macam kulit Korea kan? KL sendiri pun masih struggle nak pulihkan kesan parut berlubang akibat jerawat dari zaman muda dulu. 

Jom, KL bawa u all study rutin penjagaan kulit wanita Korea, macam mana mereka capai kulit yang glowing.

Kalau u all nak tahu, wanita Korea mengamalkan rutin penjagaan kulit sehingga 17 step untuk dapatkan kulit glass skin. Mereka memang sangat fanatik dengan kecantikan. 

Lagi best, teknologi kecantikan di Korea cepat berkembang dengan pesat. Sebab tu kilang GIM Cosmetic banyak berkomunikasi dengan pembekal dan saintis dari Korea.

So harini, KL nak share dengan u all semua step by step skincare wanita Korea dan apa kepentingan setiap step skincare tu. Yang mana u boleh skip, yang mana u perlukan untuk kulit u. Jom!

# Step 1: Double Cleansing

Trademark rutin penjagaan kulit Korea adalah "double-cleansing". Kaedah ini menggunakan pembersih oil-based dan water-based. Mulakan dengan mencuci makeup degil / waterproof, sunscreen dan kotoran seperti minyak berlebihan dengan menggunakan oil-based cleanser. 

Seterusnya barulah diikuti dengan water-based cleanser untuk cucian kedua. Sebab tulah dinamakan "double cleansing". Cucian kedua pula bertujuan untuk membersihkan sisa makeup dan sisa minyak dari cucian pertama tadi. 

Kaedah double cleansing ini terbukti berkesan menanggalkan makeup dengan bersih, malah membersihkan blackhead/whitehead tanpa mengeringkan kulit. Kulit kekal lembap selepas mencuci muka.

# Step 2: Exfoliation

Ramai yang skip rutin exfoliate dalam skincare. Tahukah anda? Exfoliation merupakan langkah penting dalam mencapai tekstur kulit yang halus, mulus, dan bersih tanpa cela. 

Ini kerana, exfoliation membantu menanggalkan sel kulit mati, membersihkan pori yang tersumbat, dan membantu penyerapan bahan aktif ke dalam kulit dengan lebih baik. 

Kajian dari Korean Society of Cosmetics and Science mendedahkan bahawa 92% dari wanita Korea mengamalkan exfoliation sekurang-kurangnya seminggu sekali. 

KL share sikit kat sini, exfoliation ada dua jenis:

  • Physical exfoliants dengan biji skrub halus (face scrub, gel scrub, scrub cleanser)
  • Chemical exfoliants (cecair seperti toner, peel gel) mengandungi kandungan seperti Alpha Hydroxy Acids (AHAs) atau Beta Hydroxy Acids (BHAs)

U boleh pilih nak physical ke chemical, mengikut yang mana kulit u selesa. Yang penting, u kena exfoliate kulit sekurangnya seminggu sekali. Kalau amalkan dua kali seminggu lebih baik dan lebih cepat kulit u glow up!

Pastikan pakai sunscreen sebab kulit yang dah bersih tu perlukan perlindungan dari cahaya UV yang berpotensi besar merosakkan sel-sel kulit.

# Step 3: Toner

Dalam rutin skincare Korea, mereka ada macam-macam jenis toner yang terdiri dari pelbagai fungsi. Ada yang berfungsi untuk seimbangkan pH kulit, menghaluskan liang pori, menambah hidrasi kulit, dan macam-macam lah. Bergantung kepada bahan aktif yang digunakan dalam formulasi toner tu. 

Tapi tujuan utama toner adalah untuk kembalikan kelembapan kulit selepas kita dah cuci muka dan exfoliate tadi. Jadi, bahan-bahan dalam toner mestilah bahan yang gentle dan moisturizing. Contohnya:

  • Hyaluronic acid
  • Glycerin
  • Allantoin
  • Aloe Vera
  • Ekstrak tumbuhan

Bahan-bahan gentle macam ni selalunya sesuai dengan semua jenis kulit. Ada dua cara untuk apply toner, boleh pilih samada nak guna cotton pad (gosok lembut untuk buang kotoran / sel mati) atau boleh guna telapak tangan yang bersih (tekap pada wajah untuk tingkatkan kelembapan).

# Step 4: Essence

Essence ni ramai juga orang skip. Padahal teksturnya ringan je, macam serum tapi lebih cair dan bagi hydration pada kulit. Essence selalunya mengandungi bahan-bahan aktif seperti Sodium Hyaluronate dan ekstrak tumbuhan. 

Essence membantu beri kelembapan untuk kulit tampak anjal, tegang  dan berseri. Disebabkan teksturnya yang cair dan ringan, ia cepat meresap ke dalam kulit tanpa rasa melekit. 

Selain tu, dalam pasaran sekarang pun dah banyak pilihan essence yang ditambah dengan pelbagai pilihan bahan aktif untuk pelbagai fungsi seperti antioksidan, anti-aging, dan mencerahkan kulit. 

# Step 5: Serum and Ampoule

Serums dan ampoule adalah formulasi penjagaan kulit yang khusus kepada penyelesaian masalah kulit yang spesifik contohnya jerawat, jeragat, kedutan, kulit kusam, dan sebagainya. 

Korea Consumer Agency melaporkan bahawa 87% pengguna skincare di Korea menggunakan serum dan ampoule dalam rutin penjagaan kulit harian mereka. 

Kedua-dua produk serum dan ampoule bertujuan membantu penyelesaian masalah kulit anda. Tinggal pilih je yang mana sesuai dan yang mana kulit u perlukan.

# Step 6: Sheet Masks

Seterusnya, rutin yang KL suka tapi ramai juga yang skip. Sheet mask. 

Ramai tak suka pakai sheet mask sebab rimas dan renyah katanya padahal sheet mask ni function tau... Pakai 10-15 minit je, lepas tu instant effect, kulit terus jadi moist dan melantun-lantun. 

Yang bestnya ada banyak pilihan, nak yang mencerahkan ke, yang mematikan jerawat ke, yang melembapkan ke, u tinggal pilih je yang mana kulit u perlukan.

Pakai mask dalam 10-15 minit, ingat!! Jangan tunggu kering baru nak tanggalkan. Cara yang betul adalah tanggalkan sheet mask sebelum kering, dalam keadaan dia masih lembap tu. Lepastu tekap-tekap lebihan moisture biar meresap ke dalam kulit. U akan nampak betapa glowingnya!

Cubalah gunakan sheet mask dalam rutin skincare u. Buat seminggu sekali atau dua kali seminggu pun dah bagus. Boleh nampak perubahan pada kulit. Percayalah cakap KL. 

Kalau wanita Korea, purata mereka gunakan sheet mask adalah 3-4 kali seminggu untuk capai kulit glass skin dan maintain glass skin. Bukan senang yer. 

# Step 7: Eye Cream

Mata adalah kawasan yang sangat sensitif dan perlukan penjagaan yang sangat teliti. Wanita Korea sangat menjaga bahagian mata mereka. Mereka jarang ada masalah eyebag, atau lingkaran gelap di bawah mata. 

Jom tengok apa kelebihan menggunakan eye cream. 

  • Hidrasi mendalam: Eye cream memberi kelembapan yang mendalam kepada kawasan mata, dimana lapisan kulit sangat nipis dan mudah kering
  • Mengurangkan lingkaran gelap: Eye cream dengan Vitamin C dan Niacinamide membantu mencerah dan memudarkan tona gelap di sekitar kawasan mata
  • Mengurangkan garis halus dan kedutan: Sesetengah eye cream diformulasi dengan retinol atau peptide untuk merangsang penghasilan kolagen, mengurangkan garis halus serta kedutan
  • Menguatkan bahagian mata: Eye cream mengukuhkan skin barrier di sekitar mata, mengelakkan tanda-tanda penuaan

Formulasi eye cream memang sangat gentle, tak pedih, dan dijamin selamat untuk kawasan mata yang sensitif. Sambil kita urut mata semasa menggunakan eye cream tu, dapat bantu melegakan otot yang tegang dan mengurangkan bengkak eyebag.

# Step 8: Moisturizer

Nak pilih pelembap muka ni kena teliti macam nak pilih jodoh. Kena pilih yang sesuai dengan kulit kita. Kulit kita macam mana? Kering ke? berminyak? Kombinasi? Sensitif? Pelembap boleh bantu u all dapat kulit yang lebih baik. 

Bila kulit dah terhidrat dengan elok, ia akan jadi lebih lembut, halus, mulus, dan lebih berseri secara semulajadi. Tapi, bukan itu sahaja, pelembap juga mainkan peranan penting dalam mengukuhkan sistem pertahanan kulit yang juga dikenali sebagai skin barrier.

Skin barrier adalah lapisan perlindungan yang melindungi kulit dari ancaman luaran seperti pencemaran, sinaran UV, dan radikal bebas dari persekitaran. 

Psstt, ini rahsia. Pelembap boleh buat skincare yang lain perform dengan lebih baik tau. Contohnya, bila u dah siap pakai semua step di atas ni tadi, pelembap akan bantu lock semua khasiat / manfaat ke dalam kulit. Barulah kulit dapat serap semua kebaikan dan baikpulih dengan berkesan. 

# Step 9: Sunscreen

Sunscreen adalah step yang tak boleh skip walau apa pun jadi, apa pun perdebatannya, sunscreen tetap kena pakai dalam rutin siang selagimana ada cahaya matahari, selagi itulah kena pakai sunscreen untuk lindung kulit dari kerosakan akibat sinar UV.

Pastikan u all pakai sekurang-kurangnya sunscreen dengan SPF30, lagi tinggi lagi baik.

Menurut Korean Consumer Agency, 93% pengguna Korea menggunakan sunscreen setiap hari untuk melindungi kulit mereka dari sinaran UV, menghalang tanda-tanda penuaan sebelum usia dan mengelakkan bintik hitam dan hiperpigmentasi. 

Kesimpulan

Ingat, sabar dan konsisten adalah kunci mencapai kulit glass skin. U all boleh follow je step by step yang KL dah share ni, dijamin dalam masa 4 minggu boleh nampak perubahan yang ketara. Kulit u all akan glowing ching ching. 

Kalau nak cari produk skincare kat Korea tu jauh sangat dik. Produk lokal pun dah banyak sangat yang sama level kualiti dengan produk Korea. Yang KL paling confident adalah jenama HAUS Cosmetics sebab kilang KL sendiri yang hasilkan. 

Bahan mentah pun KL beli dari Korea juga, teknologi pun dari Korea juga, nikmat apa lagi nak didustakan? Niat KL tak lain tak bukan nak bantu semua wanita di Malaysia dan seluruh Asia untuk tampil lebih yakin dengan kulit yang cantik dengan formulasi berkualiti dari kilang GIM Cosmetic. 

Jemputlah mencuci mata di website www.hauscosmetics.com untuk mulakan journey glass skin u all sekarang! 

Sekian untuk entry kali ni.

Assalamualaikum w.b.t.

L.O.V.E. KL 💜

Comment

Name
Email
Comment