• English
  • Malaysia(MYR RM)

Cara Pakai Retinol Untuk Kulit Anjal dan Cerah Sekata

Aug 01,2023 | Eiyma Jalil

Cara Pakai Retinol Untuk Kulit Anjal dan Cerah Sekata

Hai assalamualaikum semua, KL ada masa sikit sebelum masuk meeting harini. So, siapa ada dark circle dan kulit kusam?

You all tahu tak ingredient Retinol works like magic dalam skincare routine untuk bantu kulit jadi lebih anjal dan cerah sekata!

Btw jangan lupa catch up artikel KL sebelum ni mengenai Sake yang haram dalam skincare. Baca kat sini yer.

Ok, Retinol ni adalah bahan yang bantu percepatkan proses kitaran sel kulit, dia boleh bersihkan liang pori, dan merangsang penghasilan sel kolagen. Bila sel kulit yang baru cepat terhasil, kulit akan jadi lebih muda, garis halus dan kedutan pun akan berkurangan. 

Tapi ramai yang masih takut nak pakai Retinol dalam skincare kan? Kalau you all berumur 25 ke atas, pastikan baca artikel ni sampai habis sebab KL akan share step by step, macam mana cara nak pakai Retinol yang betul, dengan advice dari ahli dermatologi.

Langkah 1: Mulakan dengan Sedikit dan Perlahan-lahan 

Debra Jaliman MD | Authors | Macmillan

"Retinol adalah bahan yang sangat berkesan dan boleh menyebabkan iritasi dan kekeringan kulit jika tak digunakan dengan betul" kata Doktor Debra Jaliman. Beliau merupakan ahli lembaga dermatologi dan penulis buku Skin Rules: Trade Secrets from a Top New York Dermatologist.

"Mulakan dengan kepekatan yang rendah, seperti 0.025% atau 0.05%, dan gunakan selang malam. Kemudian, barulah naikkan kepekatan kepada 0.1% jika perlu dan kekerapan setiap malam."

Langkah 2: Gunakan Ketika Kulit Bersih dan Kering 

Bila bercakap tentang Retinol, elakkan permukaan yang basah atau lembap. Menurut Dr. Hadley King, ahli lembaga dermatologi di New York City, Retinol sepatutnya digunakan di atas permukaan kulit yang bersih dan kering. 

Retinol For Beginners: Benefits and How To Use It - Serious Women

Beliau turut berkongsi yang sekiranya Retinol digunakan atas kulit yang lembap, ia akan meresap jauh ke dalam dan menyebabkan iritasi kulit.

Jadi KL nasihatkan selepas you all bersihkan muka dan pakai toner, biarkan dulu kulit tu betul kering sebelum sapu Retinol untuk make sure kulit kita dapat manfaat sepenuhnya dan kurangkan risiko iritasi. 

Langkah 3: Guna Hanya Saiz Pea 

Ingat baik-baik yer, you hanya perlukan sikit je Retinol untuk satu muka. Pakai sebesar saiz pea jer. Jangan pakai lebih-lebih, nanti kulit you akan jadi merah-merah, menggelupas, dan over-sensitive dengan cahaya matahari. Paling teruk muka jadi burn, gelap terbakar. 

Ni cara pakai Retinol:

  • Urut lembut Retinol ke seluruh wajah, bagi dia masa untuk meresap dengan baik. 
  • Kemudian, elakkan sapu Retinol ke area mata, atau area kulit yang sedang luka, atau kulit eczema.

Langkah 4: Pakai Retinol Sebelum Pelembap

Retinol memanglah bahan superhero dalam skincare routine tapi, takda yang sempurna kat dunia ni kan. Retinol pun ada kelemahan dia juga. Iaitu, dia berpotensi mengeringkan kulit. Itulah sebabnya kena pakai Retinol sebelum pelembap.

"Ini akan membantu mengunci kelembapan dan menghalang iritasi" kata Dr. King. Jadi, lepas pakai Retinol, make sure pakai pelembap untuk lock moisture dan hydration dalam kulit. 

Langkah 5: WAJIB Pakai Sunscreen di Waktu Siang 

Menurut pakar kulit, Retinol boleh menyebabkan kulit jadi lebih sensitive dengan cahaya matahari. Jadi kena pakai sunscreen untuk protect kulit dari kesan yang tak diingini seperti sunburn, kulit kusam atau terbakar. 

Sunscreen Is an Important Part of Your Skin-Care Routine, Even at Home |  Teen Vogue

Pastikan cari sunscreen yang SPF35 ke atas, sebaiknya SPF50/PA++++ yang broad spectrum untuk lindung kulit dari UVA dan UVB. Jangan lupa reapply setiap 2-3 jam terutama kalau you kerja outdoor. 

Langkah 6: Sabar

Iyer, pakai Retinol kena ada kesabaran. Bukannya pakai harini, esok dah cantik. 

"Retinol is not a quick fix" kata Dr. King. "Ia akan mengambil masa hingga berminggu atau berbulan untuk nampak kesannya. Dengan penggunaan mengikut rutin, you akan nampak perubahan lebih cerah, anjal, pengurangan garis halus dan kedutan"

Jadi sila bersabar dan terus konsisten dengan rutin. Macam KL sendiri, 12 minggu lepas mula-mula guna Retinol baru nampak perubahan ketara dari segi pengurangan kedutan dan jeragat. 

Consistency is the key, ok? Kalau ada berlaku tindakbalas yang negatif, iritasi atau tak selesa, terus STOP dan dapatkan nasihat doktor kulit. 

Langkah 7: Berhati-hati dengan Penggunaan Bahan Aktif yang Lain 

Dalam skincare routine you all, tentu ada active ingredients yang lain juga selain Retinol kan? Sebagai pengguna, tanggungjawab kita untuk berhati-hati dengan apa yang kita guna, apa yang kita nak sapu kat kulit kita sendiri. 

KL nasihatkan, untuk penggunaan Retinol, elakkan guna exfoliator (Salicylic acid, Glycolic acid) dalam satu rutin yang sama. Contohnya kalau  you pakai Retinol malam, exfoliator tu pakai la pagi. Atau lebih baik diselang seli, malam ni pakai Retinol, malam esok pakai exfoliator.

Ini penting ya untuk elakkan risiko iritasi kulit dan menggelupas. Tu je yang tak boleh pakai sekali.

Untuk elak kulit kering, gunakan bahan aktif yang melembapkan seperti Hyaluronic acid dan Niacinamide. Gabungan yang sangat bagus bersama dengan Retinol 

Langkah 8: Pilih Produk Retinol yang Betul 

Bukan semua Retinol sama yer. KL selalu pesan, bahan aktif ada banyak sangat gred. Sebab tu harga produk pun berbeza-beza sebab bahan dan formula tak sama. Semua ada bahan Retinol, tapi semua dari gred dan jenis yang berbeza.

Untuk Retinol, KL nasihatkan carilah produk yang guna Encapsulated Retinol. Ia lebih stable dan kurang iritasi berbanding dengan gred Retinol biasa yang direct terus ke kulit. 

Selain tu, boleh gandingkan Retinol dengan produk lain yang ada kandungan antioksidan seperti Vitamin C atau E untuk boost keberkesanan Retinol.

HAUS Cosmetic's Superpotent Brightening Retinol Cica adalah serum yang menggunakan Encapsulated Retinol sebab kulit KL jenis sensitif. Jadi KL memang guna bahan aktif dari gred yang paling selamat untuk semua produk yang KL hasilkan. 

Kalau you ada masalah kulit kusam ke, kulit berjerawat ke, jeragat ke, silalah gunakan serum Retinol ni. Encapsulated Retinol ni ada teknologi Time-Release yang mana, dia akan slowly release ke dalam kulit dalam masa 8 jam. Kurang risiko iritasi, dan kesan Retinol tu boleh release ke lapisan kulit yang dalam. 

Formula untuk HAUS ni sangat gentle dan soothing. Memang sesuai untuk kulit sensitif dan berjerawat. KL letak bahan-bahan yang high moisture untuk elak kulit kering dan meragam. 

Fokus utama formula serum Retinol dari HAUS:

  • Pertumbuhan sel kulit baru yang lebih sihat
  • Mengurangkan kerosakan UV
  • Menggalakkan pertumbuhan sel kolagen dan elastin
  • Kulit lebih tegang, anjal dan lembut

Kesimpulan 

Sekarang dah tahu macam mana cara nak pakai Retinol dengan betul kan? Tunggu apa lagi, bolehlah mula dari sekarang!

Ingat, kena sabar dan konsisten untuk dapat hasil penggunaan Retinol. Jangan lupa tips pertama yang KL bagi. Kena start sikit-sikit dan perlahan-lahan. Jangan gelojoh nak kulit cantik sampai salah cara pakai, akhirnya kulit jadi lagi rosak pulak. 

Jom upgrade skincare routine kita ke next level dengan Retinol! 

Sake done, Retinol done. Next, you all nak KL share ingredient apa pula? 

Bagitau KL kat komen yer, jumpa lagi di next entry. Assalamualaikum!

Comment

Name
Email
Comment