• English
  • Malaysia(MYR RM)

(Tech Super Potent ) Pencuci Muka Untuk Jerawat Degil Akibat Merkuri

Jul 05,2023 | Eiyma Jalil

Sebilangan besar daripada kita pernah mendengar mengenai merkuri (ataupun juga dikenali sebagai Quicksilver) merupakan sejenis logam berat yang sangat bertoksik yang boleh ditemui dalam termostat, barometer, barangan elektrik, dan juga perisian gigi, dan lain-lain. Tetapi, tahukah anda bahawa anda juga boleh menemui merkuri dalam beberapa produk penjagaan kulit?

Selain itu, anda juga mungkin pernah mendengar bahawa merkuri sebenarnya tersembunyi dalam benda-benda seperti dalam makanan (misalnya, sushi) dan pergigian, tetapi ternyata bahan merkuri ini juga dapat dijumpai dalam produk penjagaan kulit, terutamanya dalam produk dari negara luar. 

Tapi jangan pula anda ingat produk penjagaan kulit seperti pencuci muka untuk jerawat tiada bahan merkuri. Bahan merkuri ini berbahaya tau! Kesan merkuri pada kulit boleh menjejaskan rupa wajah anda. 

 

APA KAITAN DENGAN BAHAN MERKURI DALAM PRODUK PENCUCI MUKA UNTUK JERAWAT?

Merkuri adalah bahan yang umumnya terdapat dalam sabun dan krim pencerah kulit. Sebenarnya, bahan berbahaya ini juga terdapat dalam produk kosmetik lain, seperti produk pencuci muka untuk jerawat, produk pembersih solek mata dan maskara serta sebagainya. 

‘Mercury salt’ adalah bahan yang menghalang pembentukan melanin di mana ia menghasilkan warna kulit yang lebih ringan. Produk pencerah kulit yang mengandungi merkuri amat berbahaya untuk kesihatan. Akibatnya, produk yang mengandungi merkuri telah dilarang penggunaannya di banyak negara.

Pada tahun 2016, Pasukan Pemeriksa Khas dari New Straits Times (seperti yang dinyatakan dalam artikel berita “Exclusive: Toxic cosmetics killing Malaysians”, New Straits Times bertarikh 23 Disember 2016) telah melakukan satu misi untuk meninjau produk kosmetik yang dijual di Malaysia. Berdasarkan laporan mereka, hasil kajian amat mengejutkan kerana beberapa produk yang dikaji didapati boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Analisis dua krim kecantikan mendapati mengandungi dos merkuri berbahaya yang dapat meningkatkan risiko mendapat penyakit kronik dalam masa LIMA tahun – termasuk KEROSAKAN OTAK hingga 22 kali! Di samping itu, kadar penyerapan merkuri boleh mencapai 80% bergantung pada keadaan kulit.

 

ELAK GUNAKAN PRODUK KOSMETIK YANG MENGANDUNGI MERKURI

Merkuri tidak mempunyai bau, rasa, atau warna tertentu. Jadi, pada kebiasaannya anda tidak dapat menentukan sama ada sesuatu produk mengandungi merkuri tanpa melakukan analisis kimia secara menyeluruh. Tetapi terdapat tiga langkah utama penjagaan asas yang boleh anda ambil untuk membantu anda menjauhi kosmetik yang mungkin mengandungi bahan berbahaya ini.

  1. Baca dahulu label produk kosmetik yang anda beli.
  2. Berhati-hatilah dengan produk import yang dipasarkan sebagai pencerah kulit atau formula anti-penuaan.
  3. Menghindari daripada menggunakan sebarang produk kulit yang tidak mempunyai senarai bahan kandungan.

Di samping itu, alasan lain bahawa bahan merkuri ini sukar dikesan dalam produk kosmetik anda adalah disebabkan ianya dikenali dengan pelbagai nama seperti: Hg, iodida merkuri, klorida merkuri, quicksilver, cinnabaris, atau hydrargyri oxydum rubrum, menurut WHO. Produk dengan kadar merkuri yang sangat tinggi juga boleh kelihatan dalam warna kekelabuan kerana warna bahan merkuri itu sendiri berwarna kelabu gelap.

Sekiranya anda mencari produk untuk mensasarkan bintik-bintik gelap pada wajah anda, adalah disyorkan untuk mencari bahan-bahan ini sebagai gantinya: vitamin C, ekstrak licorice, dan ekstrak mulberi.

Walaupun begitu, jika anda percaya bahawa anda telah membeli produk yang diformulasikan dengan jumlah merkuri yang berlebihan, sila buang. Kemudian buat janji temu dengan pakar dermatologi anda, yang dapat menentukan tindakan yang lebih tepat untuk anda.

 

SO ADA TAK PENCUCI MUKA UNTUK JERAWAT DEGIL AKIBAT MERKURI NI?

#HAUSZeroJerawat merupakan produk yang pertama di Malaysia yang menggunakan Teknologi Epigenetic untuk mempercepatkan proses rawatan masalah kulit jerawat. Kulit muka rosak dengan jerawat degil akibat merkuri? Jangan risau..

Dengan penggunaan Combo Set Zero Jerawat Skin Repair dapat mengecutkan jerawat seawal 2 hari dengan Teknologi Epigenetic yang bertindak menjadi suis dan booster kepada DNA bagi memberi rawatan yang pantas dan optimum kepada masalah kulit berjerawat.

Pencuci muka untuk jerawat dalam Combo Set Zero Jerawat Skin Repair mengandungi bahan kandungan asli ekstrak Brown Algae 99.4% yang berasal dari Perancis akan memberi kulit anda kelembapan yang terhidrat.

 

APA YANG ANDA AKAN DAPAT DENGAN COMBO SET ZERO JERAWAT SKIN REPAIR?

Kalau mahu hilangkan jerawat degil pada wajah, mestilah nakkan produk yang berkesan dan efektif, betul tak? Dalam Combo Set Zero Jerawat Skin Repair anda akan dapat nikmati keberkesanan produk seperti berikut:

1. 𝗦𝘂𝗽𝗲𝗿 𝗜𝗻𝘁𝗲𝗻𝘀𝗲 𝗖𝗿𝗲𝗮𝗺 𝗖𝗹𝗲𝗮𝗻𝘀𝗲𝗿

  • Memulihkan jerawat
  • Mengawal penghasilan sebum
  • Menghaluskan liang pori
  • Membersihkan sel kulit mati
  • Mencerahkan tona kulit
  • Membersih dan melembap
  • Mengurangkan tanda penuaan
  • Meredakan keradangan

2. 𝗦𝘂𝗽𝗲𝗿 𝗜𝗻𝘁𝗲𝗻𝘀𝗲 𝗔𝗰𝗻𝗲 𝗦𝗲𝗿𝘂𝗺 

  • Memulihkan jerawat
  • Mengawal penghasilan sebum
  • Menghaluskan liang pori
  • Menguatkan system skin barrier
  • Mencerahkan tona kulit
  • Meredakan keradangan
  • Membekal hidrasi sehingga 72 jam
  • Merangsang penghasilan sel baharu
  • Mengembalikan keremajaan kulit
  • Membaiki tanda penuaan

3. Super Potent Ceramide + Cica Barrier 

  • Formulasi yang sesuai untuk semua jenis kulit
  • Memulih kerosakan penghadang kulit (skin barrier) 
  • Meningkatkan keupayaan kulit untuk mengekalkan kelembapan
  • Memberikan kesan ‘glass skin look’
  • Mengurangkan garis halus dan kedutan pada wajah
  • Mengurangkan kesan kulit sensitif 
  • Mengembalikan keremajaan kulit 

4. Super Potent AHA+BHA Exfoliating Lotion

Formulasi penjagaan kulit Superpotent adalah terma yang digunakan untuk penjagaan kulit dengan hasil keberkesanan yang berintensif tinggi dalam mengembalikan kekuatan sistem pertahanan kulit. Formulasi Superpotent boleh terdiri daripada pelbagai bahan aktif yang telah diuji secara saintifik dan klinikal oleh para pengkaji yang pakar di dalam bidangnya.

Rangkaian siri Superpotent ini menggunakan kandungan bahan yang berkuasa seperti Glycolic Acid, Salicylic Acid, Niacinamide, Allantoin, dan Aloe Vera. Kombinasi bahan-bahan ini telah dipilih dengan teliti untuk hasil terbaik bagi formulasi penjagaan kulit Superpotent.

Tidak ada masa terbaik daripada sekarang untuk buat pilihan anda. Bukan hanya paling menjimatkan, malah paling berkesan untuk kulit wajah anda! Beminat? Dapatkan Combo Set Zero Jerawat Skin Repair anda di sini.

Comment

Name
Email
Comment