• English
  • Malaysia(MYR RM)

Atasi Bibir Hitam Menggunakan Sunscreen Lipstick dengan SPF

Jul 06,2023 | Eiyma Jalil

Bibir merah jambu yang sihat adalah ciri tarikan pada wajah seseorang. Bibir merah jambu atau merah bak buah delima merupakan ciri yang tidak ketinggalan menambah daya tarikan pada setiap wajah wanita dan lelaki. Tetapi beberapa faktor seperti penuaan, kerosakan akibat sinar matahari melampau sebenarnya boleh menyebabkan bibir menjadi rosak dan menjadikannya gelap mengikut peredaran masa. Jadi, bagaimana anda boleh atasi bibir hitam anda? 

Walaupun begitu, terdapat beberapa cara untuk menjadikan bibir anda kembali sihat, cantik dan bersinar dengan warna kemerahan. Sebelum itu, pernahkah anda terfikir apa yang menyebabkan bibir anda hitam dan gelap? Mari ketahui penyebabnya seperti berikut adalah lima tabiat yang menjadikan bibir anda berubah menjadi hitam.


KENAPA BIBIR ANDA HITAM DAN GELAP?

  • Akibat tidak/kurang melembapkan bibir anda. Bibir kering dan pecah-pecah boleh menyebabkan perubahan warna bibir anda. Untuk memastikan bibir anda kekal sihat, adalah amat penting untuk sentiasa menghidrat bibir anda. Sapukan balsem bibir yang baik untuk menyuburkan bibir anda. Cari bahan seperti mentega koko, shea butter, dan lain-lain yang sesuai untuk kelembapan bibir anda.
  • Tidak membersihkan kulit-kulit mati bibir. Bibir kita cenderung kehilangan kelembapan dengan mudah kerana ia adalah lapisan kulit yang paling nipis di wajah kita. Untuk menghilangkan kesan bibir yang pecah-pecah dan kering, anda mestilah mengelupas bibir anda secara berkala untuk menghilangkan kulit mati dan menjaga kesihatan bibir anda.
  • Tidak memakai pelindung cahaya matahari. Sama seperti kulit anda, bibir anda juga boleh mendapat selaran matahari. Oleh itu, anda mesti melindungi bibir anda dari sinaran UV yang berbahaya. Sapukan balm bibir yang mempunyai SPF 30 sebelum anda keluar dari rumah ataupun anda boleh juga cuba dengan HAUS Matte Velvet Lipstick. Dapat bergaya di samping menjaga kesihatan bibir anda!
  • Kekurangan penjagaan bibir. Apabila bercakap mengenai penjagaan kulit, kebanyakan daripada kita cenderung mengabaikan atau terlupa tentang perawatan bibir. Dari pelembap hingga pengelupasan, anda haruslah sertakan bibir anda dalam rutin penjagaan kulit anda juga! Untuk memperbaiki penampilan bibir, anda boleh mengurut bibir anda dengan minyak badam setiap malam. Mengurut secara teratur akan membantu mengatur aliran darah di bibir lalu membantu memberikan penampilan bibir yang ‘penuh’ dan lembut.

Anda sudah ketahui punca permasalahan anda. Bagaimana pula dengan cara penyelesaiannya? Ketahui lebih lanjut dengan Matte Velvet Lipstick khas dirumus oleh HAUS untuk kesihatan dan kecantikan bibir anda.


LIPSTICK MATTE VELVET HAUS YANG MENGANDUNGI PERLINDUNGAN ORGANIK SUNSCREEN SPF35 PA++++

Semua orang tahu bahawa sinaran UV bahaya untuk kulit kan? Tapi tahu tak ianya bahaya untuk bibir juga? Bibir pun terdedah pada sinaran UV juga sama dengan kulit wajah. Hal ini kerana bibir juga sama seperti kulit kita di mana ia lebih cenderung untuk terdedah kepada kerosakan matahari. 

Disebabkan itu, bibir kita juga memerlukan perlindungan UVA atau UVB setiap hari sama seperti kulit. Seperti yang kita tahu, pendedahan yang lama terhadap sinaran UV boleh menyebabkan kesan buruk seperti sunburn, pigmentasi, penuaan, kanser kulit dan lain-lain.

Keunggulan Matte Velvet Lipstick mampu memberikan fungsi anti-kedut, anti-gelap dan anti-kering serta merawat bibir merekah dan berdarah dengan menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi. 

Keistimewaan Matte Velvet Lipstick HAUS terkandung dalam formulasi baharu dengan Organic Sunscreen SPF 35 PA++++ bagi perlindungan bibir dari sinaran UV. Bibir anda akan menjadi lebih lebih cantik dan sihat dengan menggunakan Matte Velvet Lipstick dari HAUS Cosmetics.

Antara manfaat Matte Velvet Lipstick (MVL) adalah

  • Bibir lebih sihat dan terlindung dari sinaran UV.
  • Bibir lebih anjal berseri, tidak merekah, dan tidak kusam.
  • Merangsang penghasilan kolagen dan mencerahkan tona bibir yang gelap.
  • Wax tumbuhan semulajadi adalah alternatif terbaik kepada Beeswax bagi bibir yang sensitif.
  • Tekstur kulit bibir yang subur dan kekal lembap.


KANDUNGAN SUNSCREEN LIPSTICK DENGAN SPF35 PA+++ MATTE VELVET LIPSTICK

Matte Velvet Lipstick ini tidak akan mengeringkan bibir kerana Palmitoyl Hexapeptide-12 adalah merupakan rangkaian asid amino yang merangsang pembentukan kolagen untuk bibir yang sihat, tegang dan anjal. Bahan ini adalah rahsia kulit bibir kembali remaja. Sebabnya Hexapeptide-12 ini boleh bantu kurangkan kedutan dan garis halus pada bibir anda. Peptida ini telah dibuktikan secara saintifik dapat menghilangkan kedutan di bibir, dan memudarkan gelap di bibir dengan ciri anti-oksidanya.

Kandungan Vitamin C dan Vitamin E dalam MVL ini efektif untuk mencerahkan bibir yang gelap dan mengekalkan kelembapan bibir. Kuasa penyuburan minyak Argan dengan kandungan Vitamin E semulajadi dapat memberikan anda bibir yang terhidrat dengan baik.

Antara kandungan bahan Matte Velvet Lipstick termasuk:

  1. Vegan wax (Carnauba plant & Bayberry fruit)
  2. Vitamin E
  3. Jojoba Seed Oil
  4. Palmitoyl Hexapeptide-12

Oleh kerana ada sesetengah wanita yang mempunyai bibir sensitif terhadap bahan seperti lilin lebah / beeswax (berasaskan haiwan), Haus Cosmetics telah menggantikan lilin tersebut ke 1 bahan yang berasaskan tumbuhan. Lilin Vegan dari pokok Carnauba & buah Bayberry. Ia amat sesuai untuk bibir sensitif.

Penyelidikan membuktikan selepas 10 hari penggunaan secara konsisten 2 kali sehari, bibir anda yang berkedut, hitam dan pecah akan menjadi pulih dan cantik.


KENALI PILIHAN WARNA MATTE VELVET LIPSTICK HAUS COSMETICS 

Bagi memelihara kesihatan dan kecantikan bibir, maka terhasilah lipstick yang diberi nama Matte Velvet Lipstick dengan perlindungan SPF35 PA++++. Lipstick yang terdiri daripada 6 warna dimana warna-warna yang menarik ini sesuai untuk semua jenis kulit.

  • Daisy
  • Peony
  • Salvia
  • Poppy
  • Lily
  • Rosa

Tak pernah kenal HAUS Matte Velvet Lipstick sebelum ini? Inilah antara ciri MVL special dari HAUS ni.

  • Kemasan semi-matte
  • Sunscreen SPF 35 PA++++
  • Super ringan
  • Pelembap yang sangat berpigmen
  • Tahan lama hingga 8 jam
  • Sarung 4D eksklusif
  • 6 warna kod semula jadi yang sesuai dengan warna kulit Asia
  • Dengan satu sapuan yang lancar, kemasannya yang berkilauan memberikan bibir anda kelihatan penuh, cantik dan segar berseri


ATASI MASALAH BIBIR HITAM ANDA DENGAN LIPSTICK BERSPF HAUS MATTE VELVET LIPSTICK

Bawalah Matte Velvet Lipstick ini bersama anda untuk mengekalkan penampilan berseri dan bibir yang kekal lembap sepanjang hari. Sekarang ini, anda tak perlu risau lagi. Masalah bibir pun dah selesai. Pakai saja Matte Velvet Lipstick ni. Pasti bibir cantik berseri lepas ini. Matte Velvet Lipstick dengan formulasinya yang vegan dan moisturizing untuk bibir sensitif boleh anda dapatkan di sini. Pilih HAUS pasti berbaloi.

Comment

Name
Email
Comment