• English
  • Malaysia(MYR RM)

Atasi Kulit Kering dengan 72 Jam Hidrasi. Kulit Lembab Habis

Jul 06,2023 | Eiyma Jalil

Jika anda seringkali mendapati kulit anda kering dan mempunyai permukaan kulit yang seakan berpecah-pecah atau merekah, itu adalah salah satu tanda utama yang kulit anda mengalami keadaan yang dipanggil sebagai dehidrasi ataupun ‘dehydrated’. Jangan pandang remeh masalah kulit kering ini kerana ia juga mungkin mempunyai ‘underlying conditions’ lain yang mungkin anda tidak ketahui. Oleh itu, langkah untuk atasi kulit kering adalah penting dan harus diberi perhatian.

Seiring dengan peningkatan usia, kelenjar peluh dan minyak anda akan kurang menghasilkan kelembapan untuk kulit anda. Masalah kulit kering ini kerapkali boleh dilihat pada kaki, siku, lengan atau bahagian badan anda yang lain. Untuk pengetahuan anda, istilah perubatan untuk kulit kering adalah ‘xerosis’. Alergi (dermatitis), ‘irritants’ dan keadaan kulit seperti ezkema juga boleh menjadi penyebab kulit kering.

Kulit kering adalah kulit yang tidak memiliki kelembapan yang cukup untuk memberikan kesan kulit yang terasa lembut dan kenyal. Individu dengan masalah kulit kering mungkin mempunyai ‘patches’ kasar yang mengelupas atau mempunyai permukaan kulit yang ‘scaly’ (kulit seakan bersisik). Keadaan kulit kering yang teruk boleh sampai merekah malah berdarah. Walaubagaimanapun, anda tidak perlu terlalu bimbang kerana kulit kering adalah keadaan biasa yang dialami oleh orang dari semua peringkat umur. Masalah kulit kering ini boleh diatasi dengan mudah.


APA YANG MENYEBABKAN KULIT KERING?

Anda boleh mengalami kulit kering kerana banyak sebab, ini termasuk faktor:

  • Umur: Orang dewasa cenderung untuk menghadapi masalah kulit kering kerana disebabkan perubahan kulit semula jadi. Faktor peningkatan usia boleh menyebabkan kelenjar minyak dan peluh anda menjadi kering dan kulit kehilangan lemak dan keanjalan lalu menyebabkan kulit kelihatan lebih nipis dan kering.
  • Cuaca: Orang yang tinggal di kawasan kering, seperti padang pasir ataupun di mana cuacanya panas melampau lebih cenderung kepada kulit kering kerana kurang kelembapan (moisture) atau ‘humidity’ di udara.
  • Genetik: Terdapat sebilangan orang yang mewarisi keadaan kulit tertentu, seperti ezkema yang boleh menyebabkan kulit kering.
  • Keadaan kesihatan: Beberapa penyakit, termasuk diabetes dan penyakit buah pinggang boleh menyebabkan kulit kering dan gatal.
  • Jenis Pekerjaan: Frontliners atau individu yang bekerja dalam bidang kesihatan (healthcare providers), juru rambut dan pekerja profesional lain cenderung untuk mengalami masalah kulit kering kerana amalan mereka yang sering mencuci tangan.


APAKAH SIMPTOM KULIT KERING?

Tanda-tanda kulit kering merangkumi:

  • Kulit retak dan kelihatan kasar
  • Kulit seakan berpecah atau ‘scaly’
  • Gatal
  • Kemerahan


APA YANG BOLEH ANDA BUAT UNTUK ATASI KULIT KERING ANDA?

Usah bimbang kerana ada beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk atasi kulit kering anda. Langkah-langkah berikut dapat membantu menjaga kelembapan dan kesihatan kulit anda:

  • Lembapkan (moisturize). Pelembap memberikan lapisan perlindungan pada kulit anda agar kelembapan kulit anda tidak mengering dengan mudah. Sapukan pelembap beberapa kali sehari dan selepas mandi. 


Anda juga mungkin ingin menggunakan produk kosmetik yang mengandungi pelembap. Sekiranya kulit anda sangat kering, anda boleh menggunakan minyak, seperti minyak bayi, sementara kulit anda masih lembap. Hal ini kerana minyak mempunyai daya tahan lebih banyak daripada pelembap dan mencegah penyejatan air dari permukaan kulit anda. 

  • Gunakan air suam ketika mandi dan hadkan waktu mandi. Amalan mandi dengan air suam dapat membantu mengeluarkan minyak dari kulit anda. Hadkan waktu mandi anda untuk selama lima hingga 10 minit dan gunakan air suam, dan bukannya air panas.
  • Elakkan sabun konsentrasi kuat dan yang mengeringkan (harsh, drying soaps). Sebaiknya gunakan krim pembersih atau pembersih kulit yang lembut dan gel mandi atau mandi dengan gel mandian yang mengandungi pelembap tambahan. Pilih sabun ‘mild’ yang mengandungi minyak dan lemak.
  • Sapukan pelembap sebaik sahaja mandi. Lap secara perlahan-lahan kulit anda dengan tuala supaya terdapat sedikit kelembapan air pada kulit anda. Selepas beberapa minit habis mandi, sapukan krim pelembap untuk melindungi kelembapan pada kulit anda. Produk penjagaan kulit yang mengandungi bahan petrolatum adalah salah satu bahan terbaik untuk menjaga kelembapan kulit anda. Produk yang mengandungi glycerin, asid laktik atau urea juga boleh membantu untuk tujuan yang sama.
  • Gunakan ‘humidifier’. Udara dalaman yang panas dan kering dengan mudahnya dapat mengeringkan kulit sensitif dan memburukkan lagi kegatalan dan boleh mengelupas. ‘Humidifier’ mudah alih boleh menambah kelembapan udara di dalam rumah anda. Pastikan juga ‘humidifier’ anda sentiasa bersih.
  • Pilih kain yang sesuai dengan kulit anda. ‘Natural fibers’, seperti kapas dan sutera berupaya memberi pengudaraan yang bagus untuk kulit anda.  Tetapi bulu, walaupun semula jadi, dapat memudaratkan kulit walaupun kulit anda jenis normal. Ingat, kulit anda pun memerlukan ruang untuk bernafas.

    Selain itu, basuh pakaian anda dengan bahan pencuci tanpa pewarna atau minyak wangi di mana kedua-duanya boleh menjadi penyebab ‘irritation’ kulit anda.


HAUS BIRDNEST BEAUTY ELIXIR ATASI KULIT KERING DENGAN KELEMBAPAN YANG BERPANJANGAN

Spray Elixir Birdnest Beauty yang sejuk menyegarkan, kaya dengan kebaikan bahan-bahan semula jadi untuk wanita ‘on-the-go’ yang tetap ingin mengutamakan kualiti dan kecantikan kulit. Elixir seringkali menjadi kekeliruan antara essence dan serum. 

Birdnest Beauty Elixir ini berlainan sama sekali. Sebab itu, anda perlu ketahui ciri-ciri Elixir Spray ini: 

  • Tidak melekit
  • Cepat meresap ke dalam kulit
  • Menyegarkan kulit
  • Mengandungi ekstrak organik anggur dan lemon
  • Memberikan hidrasi kepada kulit

Spray Elixir Birdnest Beauty juga bertindak sebagai ‘makeup base’ dan ‘setting spray’ bagi memberi ketahanan mekap untuk tempoh masa yang lama. Sementara serum merupakan formula dengan kepekatan yang tinggi dengan menyasarkan masalah kulit yang spesifik manakala essence pula bersifat lebih ringan dengan kepekatan yang lebih rendah dan bertindak sebagai lapisan tambahan bagi penghidratan.


APA KELEBIHAN BIRDNEST BEAUTY ELIXIR SPRAY KELUARAN HAUS NI?

Sebelum itu, anda harus ketahui antara bahan kandungan utama dalam Birdnest Beauty Elixir Spray HAUS.

Bahan-Bahan Utama 

  • Citrus Lemon (Lemon) Fruit Water
  • Vitis Vinifera (Grape) Fruit Water
  • Swiftlet Nest Extract

Manfaat terutama Elixir ini terletak pada kandungan Birdnest Extract yang hanya boleh ditemui dalam Elixir Spray ini:

  • Sarang burung terkenal untuk mengekalkan awet muda. 
  • Kajian moden menunjukkan sarang burung kaya dengan faktor pertumbuhan epidermis “Epidermal Growth Factor”(EGF). Bahan ini bertanggungjawab untuk pembaikan kulit dan tisu yang rosak dengan pantas.
  • Sarang burung kaya dengan glycoproteins yang membawa sel dan kolagen bersama dan mampu menggalakkan pembiakan dan penjanaan semula sel-sel baru.
  • Melembutkan kulit
  • Menganjalkan kulit
  • Awet Muda

Pasti anda boleh lihat dan rasai perubahan yang akan anda alami dengan spray ini. Anda sebagai pengguna Elixir Spray HAUS dapat menikmati kelebihan Birdnest Beauty Elixir pada kulit anda apabila ianya dapat;

  • Membantu mengecilkan liang pori
  • Mengukuhkan skin barrier
  • Membekalkan kelembapan dan hidrasi sehingga 72 jam
  • Memulihkan kulit yang kusam
  • Membekalkan sumber Vitamin C dengan antioksidan
  • Mengembalikan tona warna kulit asal
  • Melindungi daripada tanda penuaan

Langkah Penggunaan: 

  • Gunakan Birdnest Beauty Elixir Spray sebelum dan selepas bersiap untuk memberi ketahanan yang lama kepada mekap anda sekaligus memelihara kelembapan kulit.


UBAH KULIT KERING JADI LEMBAP BERPANJANGAN (72 JAM) DENGAN BIRDNEST BEAUTY ELIXIR SPRAY

Sesuai untuk semua jenis kulit sama ada jerawat, jeragat, kulit berminyak dan lain-lain. Yang penting, anda mahukan kulit yang sihat dan lembap berpanjangan, maka anda patut pilih Birdnest Beauty Elixir Spray. Kulit ‘moist’ tahan lama, dapatkannya di sini!

Comment

Name
Email
Comment