now is modern browser
  • English
  • Malaysia(MYR RM)

Cara Memakai Foundation Agar Rata dan Tahan Lebih Lama (100% Terbukti)

Jul 06,2023 | Eiyma Jalil

Sekiranya anda rasa sukar dan tidak pasti cara memakai foundation dengan betul untuk penampilan semula jadi, jangan risau, ini adalah masalah biasa. Perkara penting yang anda cuma perlu buat adalah menyediakan kulit anda untuk solekan/mekap terlebih dahulu dengan membersihkan dan menggunakan pelembap (moisturizer). Anda juga boleh menambah primer dan concealer juga. 

Semasa mengaplikasikan foundation pada kulit, anda patut memulakannya dengan sedikit dan mengaplikasikannya ke bahagian tengah wajah anda, dan mengaplikasikan pergerakan ke arah luar muka. Pastikan memilih warna yang sempurna, luangkan masa anda untuk menerapkannya dengan cara yang betul, kemudian atur foundation anda untuk penampilan yang sempurna.


APAKAH CARA-CARA MEMAKAI FOUNDATION DENGAN SEMPURNA?

  1. Menyediakan Dan ‘Primer’ Kulit Anda

Basuh muka anda. Membersihkan kulit anda dengan betul akan menghilangkan kotoran dan minyak serta sebarang mekap yang anda pakai sebelumnya.

  • Gunakan air pembersih untuk mengurangkan kemerahan, kerana pembersih bebas buih selalunya disertakan dengan agen anti-radang yang akan menenangkan kulit anda.
  • Balsem pembersih, berisi emolien, sangat bagus untuk menambahkan kelembapan pada kulit kering.
  • Pilih ‘cleansing mud’ untuk kulit berminyak, kerana arang dan tanah liat akan mengeluarkan lebihan minyak dari pori-pori anda.
  • Untuk kulit kombinasi, gunakan gel pembersih yang menghilangkan minyak dan masih memberikan kelembapan ringan.
  • Pilih ‘cleansing milk’ untuk kulit sensitif, kerana ini mempunyai kuantiti air yang lebih dan lebih banyak bahan berkhasiat.
  1. Mulakan Dengan Jumlah Yang Sedikit

Anda tidak mahu penampilan foundation yang berat, jadi sebaiknya mulakan dengan sedikit foundation dan tambahkan lebih banyak jika anda perlu. Sapukan foundation di bahagian dahi anda, di bawah mata anda, dan di hidung dan dagu anda.

  1. Sapukan Foundation Dengan Pergerakan Ke Arah Luar Muka

Mulakan di bahagian tengah wajah anda dan ratakan foundation ke arah garis rambut dan leher anda. Anda boleh menggunakan jari, berus, atau span untuk ‘blend’ mekap anda. Tidak kira apa yang anda pilih untuk pakai foundation, tapi teknik guna foundation yang harus anda gunakan di sini adalah teknik stippling, yang bermaksud dengan ‘tapping’ foundation dengan lembut ke dalam kulit anda, daripada menggosok atau mengelap.

  • Gunakan jari anda jika anda hanya memerlukan sedikit liputan. Pastikan anda mencuci tangan terlebih dahulu.
  • Gunakan berus untuk liputan secara sederhana dan sekata. Berus sintetik adalah yang terbaik untuk ‘light coverage’, dan anda harus sapukan foundation dalam bentuk pergerakan bulatan kecil dengan berus.
  • Gunakan span untuk liputan lebih banyak. Bersihkan span anda secara berkala untuk mengelakkan penumpukan bakteria.
  1. Campurkan atau ‘Blend’ Foundation Anda

Gunakan alat pilihan anda untuk ‘blend’ dan sekatakan foundation di wajah anda. Hal ini kerana semasa pakai foundation tidak harus kelihatan garisan ketara di mana foundation anda bermula atau berakhir; ia harus menyatu dengan sempurna ke telinga, leher dan garis rambut anda.

  1. Menyembunyikan Cela

    Concealer harus digunakan selepas pemakaian foundation anda. Tutup jerawat atau cela lain dengan sedikit concealer. Picit sedikit ke bahagian belakang tangan anda dan letakkan pada bahagian-bahagian ‘blemishes’ dengan jari yang bersih. Pastikan untuk ‘blend’ dengan pergerakan ‘tapping’ secara lembut dengan span atau berus.
  1. Gunakan ‘setting powder’

Setelah selesai dengan pemakaian foundation dan concealer pada wajah anda, pastikan anda habiskan ‘routine’ anda dengan ‘setting powder’. ‘Setting powder’ berfungsi sebagai serbuk pelindung di atas lapisan foundation anda. Ini adalah serbuk matte lut yang membantu mengelakkan foundation anda ‘cair’ di samping mencegah penumpukan minyak yang ketara.

Yang paling best, dengan liquid foundation kulit wajah anda akan kelihatan cantik dan memberi penampilan semulajadi seakan tidak pakai sebarang foundation!


LIQUID FOUNDATION UNTUK KULIT ANDA DENGAN HAUS MELTY GLAM AQUA FOUNDATION

Haus Cosmetics adalah jenama tempatan yang menawarkan variasi produk kosmetik halal bertaraf antarabangsa dengan harga mampu milik. Rangkaian produk keluaran Haus Cosmetics adalah berkonsepkan ‘treatment makeup’ dengan menggunakan bahan-bahan berteknologi tinggi dan terkini serta dipastikan menjalani proses pembuatan yang bersih, suci dan selamat.

Jadi, cari foundation terbaik? Memperkenalkan kepada anda HAUS Melty Glam Aqua Foundation.

Antara ciri-ciri Melty Flam Aqua Foundation termasuk

  • Formulasi ‘water-based’
  • 5 pilihan warna yang sesuai untuk kulit Asia
  • Didatangkan dalam botol 15ml yang bersaiz ideal
  • Tekstur yang ringan dan mudah disapu pada kulit
  • Kaya dengan bahan ‘treatment’ kulit wajah seperti Dragon Bloods, Vitamin C, Vitamin E dan Minyak Argan
  • Mempunyai bahan terunggul bagi fungsi ‘skin microbiome’ iaitu Seboclear MP
  • Mempunyai bahan yang berfungsi sebagai Sunblock dan Sunscreen


APA MAKSUD SKIN MICROBIOME?

Mikroorganisme dalam sesuatu persekitaran, misalnya persekitaran di sini adalah kulit kita. Konsepnya mudah sahaja, kekalkan keadaan kulit yang optimum untuk mikrobiome dengan membekalkan nutrient atau bahan-bahan yang merangsang persekitaran mikroflora yang ideal dan sihat.

Microbiome yang sihat akan ‘menjaga’ kulit kita agar kekal lembab, hydrated, anjal, bebas dari jerawat, blackheads dan whiteheads serta sihat tanpa jangkitan. Jadi, amat penting untuk kita bekalkan kulit dengan keperluan ini dengan menggunakan produk penjagaan kulit yang terbukti mengekalkan skin microbiome.

Salah satu pilihan bahan aktif untuk mikrobiome yang sempurna adalah Seboclear-MP yang dihasilkan dari kajian dan penyelidikan dari Germany di mana anda boleh mendapati dalam HAUS Melty Glam Aqua Foundation ni. 


APA PULA BAHAN TEKNOLOGI ‘DRAGON BLOODS’ TU?

Dragon Bloods bukanlah darah haiwan tetapi ia sebenarnya adalah bahan teknologi dari Ekstrak Hydroglycolic yang diperoleh dari lateks Pokok Croton Lechleri.

Antara faedah-faedah Dragon Bloods terhadap kulit wajah ialah

  • Anti Penuaan
  • Anti-Free Radical Activity (ORS and NRS)
  • Meningkatkan Keanjalan Kulit
  • Pelembab semulajadi

Kelebihan dan Faedah Melty Glam Aqua Foundation

  • Sangat selesa dan sesuai untuk golongan wanita yang menggunakan ‘foundation’ ringan
  • Mudah disimpan atau dibawa ke mana sahaja
  • Menghasilkan kemasan ‘semi matte’ dan ‘full coverage’
  • Hasil solekan yang semulajadi, tidak berminyak dan sekata
  • Tidak bercapuk, tidak merekah, tahan lama dan sesuai untuk semua jenis kulit
  • Membantu dalam merawat jeragat, jerawat dan kulit kusam serta anti penuaan
  • Membantu meningkatkan ketegangan kulit, mengecilkan pori-pori serta menghilangkan ‘whitehead’ dan ‘blackhead’
  • Kulit bertambah cantik dan sihat serta mempunyai daya tahan terhadap radikal bebas
  • Melindungi dari sinar bahaya sinar UVA dan UVB yang boleh menyebabkan penyakit kanser


MELTY GLAM AQUA FOUNDATION – DAPATKAN FOUNDATION YANG TAHAN LAMA DAN TERBAIK

Paling penting, bukan sekadar untuk mekap tapi foundation ini juga mampu merawat kulit anda yang berjerawat, jeragat dan kulit kusam. Best kan? Haus Melty Glam Foundation boleh didapati dalam 3 tona warna iaitu;

  • Light
  • Medium 
  • Dark

Jadi, setelah penjelasan yang panjang lebar ini dan anda mahukan mekap anda bertahan lama dan tidak bercapuk. Apa kata anda guna Haus Melty Glam Foundation ni? Kalau berminat untuk dapatkan Haus Melty Glam Foundation ni, jom dapatkannya di sini!

Comment

Name
Email
Comment