• English
  • Malaysia(MYR RM)

15 Punca Jerawat Tumbuh di Dahi, Hidung, Pipi dan Dagu dan Cara Rawat

Jul 05,2023 | Eiyma Jalil

Merawat jerawat adalah suatu perkara yang sukar. Hal ini kerana terdapat banyak faktor yang mempengaruhi punca jerawat ‘breakout di wajah anda. Mencapai kulit yang ‘clear’ jelas sekali dan lebih mudah diimpikan daripada ianya menjadi kenyataan. 

Hanya apabila anda fikir anda telah menemui rutin penjagaan kulit yang sesuai untuk anda, jenis jerawat baru pula muncul. Aduh, boleh stress jadinya! Atau mungkin anda mempunyai jerawat berulang yang terus muncul di tempat yang sama. 

Apa pun permasalahan kulit yang anda hadapi sekarang, jika anda mencari kulit yang bersih dan anda seringkali menemui beberapa kesan lebam atau jerawat, ada kemungkinan terdapat sesuatu dalam rutin harian anda menyumbang kepada masalah punca jerawat anda. Oleh itu, sekiranya anda baru-baru ini mendapati diri anda kerap bertanya “kenapa muka saya asyik berjerawat? di cermin, di sini anda akan dapat menemui jawapan kepada persoalan anda.


BAGAIMANA SAYA MENGHENTIKAN JERAWAT MEMENUHI KULIT WAJAH SAYA?

Tetapi pertamanya, mengapa adanya jerawat pada muka? Inilah masalahnya: punca jerawat terutamanya disebabkan oleh hormon dan pengeluaran minyak yang berlebihan. Pada dasarnya, hormon meningkatkan pengeluaran minyak anda yang menyumbat folikel rambut anda dan membawa kepada pertumbuhan bakteria yang dikenali sebagai P. acnes

Kulit setiap orang berbeza, dan genetik memainkan peranan besar dalam bagaimana tubuh anda bertindak balas terhadap hormon yang merangsang jerawat. Oleh itu, di sini anda dapat mengetahui beberapa punca jerawat (mungkin mengejutkan anda) dan cara rawat yang boleh anda lakukan untuk mengatasi setiap masalah tersebut.


ANTARA PUNCA JERAWAT DAN CARA RAWATANNYA

1. Pelitup Muka Kain Anda Menyebabkan ‘Maskne’

Sekiranya anda melihat lebih banyak pertumbuhan jerawat di dagu, rahang, dan pipi anda, hal ini mungkin akibat amalan memakai pelitup muka kain yang berterusan (kes Covid-19 makin meningkat). Ternyata, semua peluh, minyak, bakteria, dan kelembapan yang terperangkap di bawah pelitup wajah kain anda dapat mewujudkan tempat pembiakan yang sempurna untuk jerawat. 

Pihak berkuasa mengesyorkan memakai pelitup muka yang sesuai, jadi pertimbangkan untuk menukarnya kepada yang dibuat daripada kain yang ‘breathable’ dan simpan beberapa sehingga keping bersih yang berlainan. Oh, dan jika anda tidak mencuci muka dua kali sehari dan pelitup muka kain anda selepas setiap penggunaan, ingat semua minyak dan bakteria yang terperangkap di antara wajah dan topeng anda? Jadi, sentiasa amalkan untuk mencuci muka 2 kali sehari jika anda kerap menggunakan pelitup muka kain. Yang terakhir, elak memakai solekan. Oleh kerana anda menutup wajah anda, anda tidak perlu memakai foundation yang tebal di bawahnya yang boleh menyebabkan liang pori anda tersumbat.

2. Anda Sebenarnya Tidak Merawat Jerawat Anda Dengan Betul

Kadang-kadang “jerawat” yang anda cuba rawat tidak *secara teknikal* merupakan jerawat. Sebab itulah ia menjelaskan mengapa rawatan jerawat biasa anda tidak berfungsi atau bahkan mungkin menjadikannya lebih teruk. Sekiranya jerawat anda muncul di sekitar garis rambut, dahi, dada, atau bahagian belakang anda dan kelihatan seperti benjolan merah gatal yang bersaiz sama, anda mungkin mempunyai jerawat kulat (aka Malassezia folliculitis). Walaupun ia mungkin kelihatan seperti jerawat, sebenarnya ini adalah jangkitan pada folikel rambut dan memerlukan pendekatan rawatan yang berbeza.

3. Anda Tidak Kerap Mencuci Sarung Bantal Dan Muka Anda

Di siang hari, kotoran, minyak, solekan, dan kotoran menumpuk pada kulit. Sekiranya anda tidak mencuci muka sebelum tidur, semua kotoran itu kemudiannya akan dipindahkan ke sarung bantal anda dan seterusnya dipindahkan lagi ke wajah anda semula. Pendedahan jangka panjang kulit anda terhadap jenis kotoran ini bersama dengan geseran wajah pada sarung bantal boleh menyebabkan keradangan dan jerawat. 

Tukar atau basuh sarung bantal anda selang beberapa hari. Alternatifnya, anda juga boleh menggunakan sarung bantal berjenis satin atau sutera untuk mengurangkan geseran pada permukaan wajah anda (kesan baik kepada rambut anda juga!).

4. Amalan Kurang Tidur Boleh Jadi Punca Jerawat

Tidak cukup tidur bermakna tubuh kita terdedah kepada tahap kortisol yang tinggi yang boleh menjadi punca penumbuhan jerawat. Situasinya sama seperti apabila anda stres atau tertekan, pada ketika ini hormon pelepasan kortisol sebenarnya dapat bergabung dengan kelenjar minyak anda yang menyebabkan pengeluaran minyak berlebihan dan menyebabkan jerawat.

Jawapannya? Tidur. Matikan telefon anda untuk membantu anda tidur lebih cepat (pendedahan cahaya biru yang melampau pula menyumbang kepada kerosakan penglihatan) dan dapatkan tempoh waktu tidur lapan jam anda.

5. Anda Mengeringkan Wajah Anda Dengan Terlalu Banyak Krim Zit

Jika anda seorang yang kerapkali rawat sebarang benjolan/kesan lebam yang anda lihat pada muka dengan krim zit, ini masa anda untuk elak berbuat demikian. Rawatan asid salisilat topikal, benzoil peroksida, atau sulfur (bahan yang biasanya terkandung dalam krim zit) secara berlebihan boleh mengeringkan kulit anda dan mencetuskannya untuk menghasilkan lebih banyak minyak dan, akhirnya – jerawat. Selain itu, bahan aktif yang terkandung dalam krim zit akan sedikit membakar lapisan atas kulit anda menjadikannya kelihatan merah dan sensitif jika anda menggunakan krim tersebut terlalu kerap.

Anda tidak perlu membuang produk yang biasa anda gunakan — cuma jangan berlebihan. Ataupun anda boleh mencuba HAUS Super Potent Ceramide + Cica Barrier Cream yang terdapat dalam Combo Set Zero Jerawat Skin Repair di mana ia memulih kerosakan di samping meningkatkan keupayaan kulit untuk mengekalkan kelembapan. 

6. ‘Face Scrub’ Anda Punca Jerawat Bertambah Teruk

Tidak kerap exfoliate kulit adalah salah satu penyebab jerawat, ya, tetapi jika anda berfikiran bahawa semakin banyak anda menggosok kulit anda – sama ada dengan kain lap, pencuci muka yang kasar dan pencuci muka, loofah, atau berus ‘cleansing’ – tekstur kulit anda akan jadi lebih halus. Tidak, sama sekali!

Ideanya di sini adalah untuk memperbaiki penghalang pelindung kulit anda agar bakteria tidak keluar, dan bukan sebaliknya. Penyelesaian yang lebih bagus untuk ini adalah dengan HAUS Super Intense Cream Cleanser yang boleh anda dapati dengan Combo Set Zero Jerawat Skin Repair. Super Intense Cream Cleanser mampu menyingkirkan sel kulit mati, kotoran, dan membersihkan liang pori yang tersumbat secara efektif dengan ciri pengawalan sebum yang hebat serta dapat mengurangkan masalah kulit berminyak melalui regulasi penghasilan sebum.

7. Bahan-bahan Yang Terkandung Dalam Produk Anda Menyebabkan Jerawat

Minyak mineral, misalnya, adalah agen pelembap berat yang terdapat dalam beberapa pelembap wajah dan krim yang boleh menyumbat pori-pori anda jika anda terdedah kepada bintik hitam dan bintik putih. Minyak kelapa juga terkenal untuk menyumbat liang. Selain itu, wangian (terutamanya menjengkelkan untuk kulit sensitif) dan natrium lauril sulfat (surfaktan pelucutan minyak) boleh didapati dalam banyak produk dan merupakan penyebab jerawat yang biasa.

 8. Amalan Kerap Picit Jerawat 

Tidak pernah menjadi idea yang baik untuk memicit jerawat anda sendiri di mana perlakuan tersebut akan membuatkan bintik/tanda merah pada muka anda boleh berubah menjadi parut. Lebih teruk lagi, ketika anda cuba menekan jerawat atau nanah keluar dari liang pori anda, anda berisiko mendorong bakteria lebih dalam dan menjadikan masalahnya semakin teruk. Tindakan menyentuh kulit anda juga dapat memindahkan bakteria dari tangan anda ke wajah anda.


JADI, APAKAH PENYELESAIANNYA?

Ada tak yang buat salah satu perbuatan di atas? Pasti ada tapi tak nak mengaku..kan? Jerawat asyik naik di tempat yang sama berulang kali sampai dah jadi tak senang tengok. Habis rosak kulit muka. Itu adalah salah satu tanda skin barrier rosak dan perlu ‘disimen’ kembali. 

Combo Set Zero Jerawat Skin Repair dapat mengecutkan jerawat seawal 2 hari dengan Teknologi Epigenetic yang bertindak menjadi suis dan booster kepada DNA bagi memberi rawatan yang pantas dan optimum kepada masalah kulit berjerawat. 

Buat apa nak jimat poket kalau boleh dapat produk yang berbaloi untuk kulit dengan harga super jimat! Dapatkan Combo Set Zero Jerawat Skin Repair anda di sini.

Comment

Name
Email
Comment