Formula Waterbased Foundation untuk Kulit Berminyak. Tak Sumbat Pori
Jul 05,2023 | Eiyma Jalil
Sudah tentu seperti kebanyakan wanita yang suka menggunakan mekap, anda juga pasti tahu yang foundation umumnya digunakan untuk membantu menutup kulit untuk memperbaiki penampilan dan mungkin juga untuk menyembunyikan garis-garis halus, kedutan atau sebarang cela (blemishes) yang lain. Walau bagaimanapun, hari ini anda akan mengetahui bahawa foundation dapat memainkan peranan yang lebih bermanfaat kepada kulit wajah anda.
Tidak seperti dulu, kebanyakan foundation sekarang boleh menjadi kebaikan untuk kulit anda dengan melindungi kulit dari pencemaran, sinar matahari dan membantu menyeimbangkan kulit berminyak atau kering.
Hasilnya, foundation sekarang bukan sahaja membuat anda tampak cantik, tetapi juga dapat memberikan beberapa manfaat anti-penuaan yang serius! Adakah anda tahu bahawa adanya ‘water-based’ foundation untuk kegunaan kulit anda?
PERKARA ‘CAN’ DAN ‘CAN’T DO’ DENGAN FOUNDATION ANDA
Baiklah, walaupun foundation kulit adalah produk penjagaan kulit yang sangat berguna, tetapi ada juga beberapa perkara yang tidak harus anda lakukan dengan foundation.
Menyedari batasan ini penting kerana ini dapat membantu anda mencegah penyalahgunaan, seperti pemakaian foundation yang terlalu banyak atau mempunyai garis foundation, dan mengelakkan kekecewaan daripada memiliki harapan yang tidak realistik.
Di bawah ini anda akan dapati beberapa perkara yang boleh anda lakukan dan tidak harus anda lakukan dengan foundation untuk kulit anda:
- Membetulkan Kekurangan
Betul, foundation dapat membantu menutup atau menyembunyikan cela pada kulit. Tetapi, foundation tidak dihasilkan untuk menyembunyikan kekurangan besar pada kulit anda. Sekiranya anda cuba untuk menggunakannya untuk tujuan ini, anda mungkin akan menggunakan terlalu banyak dan ia akan kelihatan seolah-olah anda memakai ‘foundation mask’.
Foundation seharusnya bertujuan untuk meningkatkan penampilan kulit anda, tetapi anda harus melakukannya dengan cara yang kelihatan semula jadi dan tidak mengubah penampilan normal anda.
- Masalah Pigmentasi
Foundation dapat membantu anda memberi warna kulit anda lebih sekata dan juga mencerahkan kulit anda.
Oleh itu, jika anda mempunyai bahagian-bahagian hiperpigmentasi seperti bintik-bintik coklat, atau kawasan-kawasan depigmentasi seperti kulit yang lebih putih daripada biasa pada kulit anda, penggunaan foundation sebagai alat solek dapat membantu mengurangkan ‘blemishes’ pada kulit anda.
Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai pigmentasi kulit yang sangat gelap seperti tanda lahir atau tahi lalat, maka foundation tidak akan berkesan dalam menyembunyikannya. Sebaliknya, lebih baik anda menggunakan mekap atau concealer penyamaran yang sesuai dengan warna kulit anda.
- Menghaluskan Kulit
Salah satu kelebihan terbesar menggunakan foundation adalah ia sangat berkesan untuk mengisi segala kekurangan (blemishes) yang ada pada kulit anda. Ini akan menghasilkan permukaan yang seakan digilap halus yang menjadikan kulit wajah anda kelihatan lebih muda dan menarik.
- Menyembunyikan ‘Blemishes’
Walaupun benar bahawa foundation dapat mengurangkan penampilan ‘blemishes’ kulit, tetapi menggunakan foundation sahaja tidak dapat menyembunyikannya. Oleh itu, jika anda mempunyai cela serius di wajah anda, seperti jerawat, anda harus menggunakan concealer secara tambahan.
- Menutup Parut
Foundation dapat membantu melicinkan bahagian tepi parut yang halus dan membuatnya tidak kelihatan, tetapi untuk bekas luka yang mendalam, foundation tidak begitu berkesan menyembunyikannya.
Sekiranya anda cuba menyembunyikan bekas luka, anda mungkin akan mendapat hasil yang lebih baik dengan menggunakan concealer atau menjalani laser kulit jika anda mempunyai bekas luka yang sangat besar dan ketara.
- Berperanan Sebagai Asas Untuk Produk Lain
Sebaik sahaja anda memakai foundation pada wajah anda dan menyekatakan segala cela pada kulit, anda akan mempunyai permukaan yang baik untuk menggunakan kosmetik lain, seperti blush dan eye makeup.
Menggunakan foundation sebelum anda menggunakan produk sedemikian akan menjadikan mekap pada muka dapat tahan lama dan dipakai dengan lebih baik kerana anda akan dapat memakainya dengan lebih sekata dan lancar.
- Risiko Penuaan Pra-matang
Perkara penting yang perlu diingat ketika menggunakan foundation dan mekap, adalah anda harus memastikan bahawa anda membersihkan kulit dengan betul sebelum tidur pada waktu malam.
Hal ini kerana waktu malam adalah di mana kulit akan mengalami proses pembersihan secara semula jadi. Jadi, jika anda tidur dengan wajah yang kotor, maka kulit anda tidak akan dapat melakukan proses pembersihan ini dengan betul. Perkara ini seterusnya akan membuatkan anda boleh mengalami keradangan pada kulit yang kemudian membuat anda berisiko mengalami penuaan kulit.
Ada banyak-banyak perkara ini, bagaimana kalau kulit anda berminyak? Adakah ia bermaksud kulit berminyak sukar untuk pakai foundation? Sebab itu anda harus ketahui tentang ‘water-based’ foundation khas untuk kulit berminyak, pasti tak sumbat pori.
FOUNDATION UNTUK KULIT BERMINYAK – HAUS MELTY GLAM AQUA FOUNDATION
Haus Melty Glam Aqua Foundation adalah jenis yang meresap ke dalam kulit dan disebabkan kandungan silikon dalam foundation Haus Cosmetics adalah ‘water-based’ dimana foundation tersebut akan meruap dan hilang sebegitu ke udara apabila foundation mulai mengering di muka.
Selain itu, Haus Melty Glam Aqua Foundation berciri ‘non-comedogenic’ iaitu formulasi yang tidak menutup pori atau lubang bekas jerawat. Jadi, memang sangat bermanfaat untuk kulit yang bermasalah. Haus Melty Glam Foundation adalah sejenis foundation yang memberikan liputan dari ‘semi matte’ hingga ke ‘full coverage’. Dengan Melty Glam Aqua Foundation walaupun ‘full coverage’ tapi rasanya macam tak pakai apa-apa foundation pada muka. Ringan sahaja.
APAKAH KELEBIHAN MELTY GLAM AQUA FOUNDATION BERBANDING FOUNDATION LAIN?
- Berasaskan Air
Melembapkan kulit, tidak berminyak dan tidak bercapuk. Tahan lebih lama, tidak menyumbat pori-pori dan mudah untuk dicuci.
- Pelindung Sinaran UVA & UVB (sunscreen)
Haus Melty Glam Foundation mengandungi SPF 50 PA++++ yang memberi perlindungan tertinggi untuk kulit terhadap risiko sinaran UV dari matahari.
- Rawatan Kulit
Anti kulit bermasalah. Haus Melty Glam Foundation dapat merawat pelbagai masalah kulit termasuk jerawat, jeragat dan kulit kusam.
3 FUNGSI UTAMA MELTY GLAM AQUA FOUNDATION
Haus Melty Glam Aqua Foundation mempunyai banyak fungsi selain terkenal dengan formulasi sebagai foundation ‘water-based’. Antara 3 fungsi utama Haus Melty Glam Aqua Foundation adalah;
- Foundation Harian
Sangat selesa dan sesuai untuk wanita yang berkerjaya, berkerja dan pelajar yang mahu memakai foundation setiap hari.
- Melindungi Kulit
Bertindak sebagai sunscreen kerana ia mengandungi SPF 50 PA ++++ perlindungan tertinggi terhadap risiko bahaya UVA dan UVB.
- Menegang, Melembap & Merawat Kulit Wajah
Mengandungi Vitamin C, Vitamin E, Minyak Argan serta Ekstrak Hydro-Glycolic. Kulit kembali tegang dan nampak lebih muda. Ia juga adalah anti-jerawat, anti-jeragat dan anti-kusam.
Haus Melty Glam Foundation ini terbaik kerana kehebatannya melalui 5 bahan mujarab ini
- Vitamin C
- Seboclear-MP
- Vitamin E
- Dragon Bloods
- Minyak Argan
APA SEBENARNYA BAHAN TEKNOLOGI SEBOCLEAR-MP & APA FAEDAHNYA KEPADA KULIT?
Seboclear-MP merupakan teknologi bahan-bahan aktif Mikrobiota pelbagai fungsi yang diperolehi dari daun pokok yang nama saintifiknya “Maclura Cochinchinensis”. Seboclear-MP memberikan banyak faedah-faedah terhadap kulit wajah iaitu:
- 12% mengurangkan jerawat
- 36% mengurangkan kedutan kulit
- 36% menghilangkan ‘blackhead’
- 41% menghilangkan ‘whitehead’
- 34% mengecilkan pori-pori kulit
- 43% meningkatkan ketegangan kulit
APA SEBENARNYA BAHAN TEKNOLOGI ‘DRAGON BLOODS’ & APA FAEDAHNYA KEPADA KULIT?
Dragon Bloods bukanlah darah haiwan tetapi ia sebenarnya adalah bahan teknologi dari Ekstrak Hydroglycolic yang diperoleh dari lateks Pokok Croton Lechleri.
Antara faedah-faedah Dragon Bloods terhadap kulit wajah:
- Anti Penuaan
- Anti-Free Radical Activity (ORS dan NRS)
- Meningkatkan Keanjalan Kulit
- Pelembab Semulajadi
MELTY GLAM AQUA FOUNDATION – DAPATKAN FOUNDATION YANG TAHAN LAMA DAN TERBAIK
Paling penting, bukan sekadar untuk mekap tapi foundation ini juga mampu merawat kulit anda yang berjerawat, jeragat dan kulit kusam. Best kan? Haus Melty Glam Foundation boleh didapati dalam 3 tona warna iaitu;
- Light
- Medium
- Dark
Jadi, setelah penjelasan yang panjang lebar ini dan anda mahukan mekap anda bertahan lama dan tidak bercapuk. Apa kata anda guna Haus Melty Glam Foundation ni? Kalau berminat untuk dapatkan Haus Melty Glam Foundation ni, jom dapatkannya di sini!